NATIONAL
KDN teliti laporan Forbes Advisor, KL bandar bahaya di Asia Tenggara - Saifuddin Nasution

Saifuddin Nasution menegaskan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keamanan dan ketenteraman awam.
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penelitian akan dilakukan terhadap laporan Forbes Advisor yang menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandar kelima paling bahaya di Asia Tenggara untuk dilawati.
Ringkasan AI
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, akan meneliti laporan Forbes Advisor yang menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandar kelima paling bahaya di Asia Tenggara untuk dilawati, dan menyatakan bahawa laporan itu bercanggah dengan Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) yang meletakkan Malaysia di tempat ke-10 paling aman di dunia.
- Saifuddin menegaskan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keamanan dan ketenteraman awam, dan menyatakan bahawa kayu pengukur Forbes Advisor perlu diteliti sebelum memberikan ulasan lanjut.
- Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengenai langkah-langkah membanteras isu pelacuran di ibu negara yang masih belum diselesaikan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Forbes Advisor pada 19 Julai lepas yang menyatakan Kuala Lumpur telah menjadi bandar kelima paling bahaya untuk dilawati di Asia Tenggara.
Bandar-bandar lain yang tersenarai dalam kategori sama adalah Yangon, Myanmar, Manila, Filipina, Jakarta, Indonesia, Ho Chi Minh, Vietnam dan Bangkok, Thailand.
Saifuddin Nasution berkata beliau tidak menafikan laporan Forbes Advisor namun belum meneliti secara terperinci laporan tersebut.
Beliau berkata kayu pengukur GPI itu jelas namun kayu pengukur Forbes Advisor perlu diteliti terlebih dahulu sebelum memberi ulasan lanjut.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata beliau telah berjumpa Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dua hari lepas mengenai langkah membanteras isu pelacuran di ibu negara yang gagal ditangani sekian lamanya.
Beliau berkata pertemuan itu membincangkan penerangan secara menyeluruh, dan beberapa perkara perlu disiapkan sebelum membuat kenyataan terperinci mengenai isu tersebut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami