KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan meneliti laporan bahawa terdapat 125 laporan salah laku melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang belum diambil tindakan seperti yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata walaupun angka itu agak kecil dibandingkan dengan 122,000 anggota polis di seluruh negara, namun ia perlu ditangani dengan segera.
"Kami akan teliti laporan berkenaan dan lihat penambahbaikan yang boleh dijalankan, kita tidak harus mempunyai 'denial syndrome' terhadap laporan itu dan ia juga tidak harus merentap moral PDRM," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Beliau berkata masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan keselamatan terbesar negara itu, dan PDRM harus menjadi institusi yang diyakini rakyat.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata terdapat 553 laporan salah laku tidak diendahkan oleh agensi kerajaan walaupun syor agar tindakan diambil telah dibuat oleh SPRM, dengan 125 laporan membabitkan anggota PDRM.
Turut hadir di Majlis Rumah Terbuka PDRM hari ini ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan timbalannya Tan Sri Razarudin Husain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
Saifuddin berkata walaupun angka itu agak kecil dibandingkan dengan 122,000 anggota polis di seluruh negara, namun ia perlu ditangani dengan segera. - Gambar fail/Bernama
Roslan Hussin masih lagi Pengarah JPNS - Fadhlina
Justeru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata meminta beliau terus fokus kepada tugasnya sebagai Pengarah JPNS.
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Menu chef Sarawak dan nasi lemak dapat sambutan hangat di acara gastronomi Rusia
Pertandingan masakan itu adalah sebahagian daripada KazanForum 2024 yang diadakan dari 14 Mei hingga 19 Mei.
Intip ICC: Ahli Parlimen Belanda gesa siasatan dijalankan ke atas Israel
Usaha-usaha berkenaan dilaporkan bertujuan untuk mengganggu siasatan mengenai jenayah perang yang dilakukan di Wilayah Palestin.
Bersatu padu, bekerjasama jaga keamanan dan kestabilan negara - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
AWANI Ringkas: Pembunuhan Zayn Rayyan terlalu awal untuk spekulasi - Peguam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Thailand mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Polis tubuh pasukan petugas khas jemaah haji terkandas di Mekah
JSJK Bukit Aman menubuhkan pasukan petugas khas yang berperanan melakukan siasatan dan tindakan awal terhadap sebarang aduan jemaah haji negara ini terkandas di Mekah.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan
Padah jual produk kesihatan palsu guna nama doktor pakar mata
Pasangan suami isteri antara tujuh individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan produk kesihatan palsu dengan menggunakan nama seorang doktor pakar mata berpangkat Datuk.
Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM
Wan Hassan berkata PDRM komited memperluas penggunaan VSP kerana penggunaan aplikasi itu kurang popular.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.