Skip to main content

Malaysia

KDNK Melaka meningkat kepada RM50.3 bilion pada 2025 - Ab Rauf

MELAKA, 28 Julai -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan ucapan pada majlis makan malam sempena 22nd Secretariat Meeting of ASEAN Parties Against Corruption di sebuah hotel dekat Banda Hilir, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA  MELAKA, July 28 -- Melaka Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh delivering his speech during a dinner held in conjunction with the 22nd Secretariat Meeting of ASEAN Parties Against Corruption at a hotel in Banda Hilir today.  --fotoBERNAMA (
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Melaka meningkat kepada RM50.3 bilion pada tahun lepas berbanding RM48.8 bilion pada 2024 dengan pertumbuhan sebanyak tiga peratus, kata Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh. - Gambar fail/ Bernama
Advertisement

MELAKA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Melaka meningkat kepada RM50.3 bilion pada tahun lepas berbanding RM48.8 bilion pada 2024 dengan pertumbuhan sebanyak tiga peratus, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, lebih membanggakan, Melaka mencatatkan RM14.68 bilion pelaburan diluluskan bagi 2025, melibatkan 312 projek yang merupakan pencapaian pelanburan tertinggi negeri itu dalam tempoh 22 tahun.

“Sungguhpun angka ini besar, tetapi saya tidak mahu rakyat melihatnya sebagai angka semata-mata. Insya-Allah, RM14.68 bilion ini diterjemahkan kepada peluang-peluang pekerjaan… pelaburan ini pastikan akan membuka rezeki.

“Kilang yang dibina pastinya akan melahirkan peluang kepada anak Melaka dan kemajuan ekonomi kelak akan meingkatkan kualiti hidup sebuah keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Taat Setia pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat kebesaran Melaka 2026 sempena Sambutan Rasmi Hari Jadi ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Ab Rauf berkata, Melaka tidak mahu mengejar pembangunan hanya untuk kelihatan hebat di atas kertas namun ia harus mempunyai nilai kepada negeri serta makna kepada rakyat.

“Sebab itulah kita memperkukuh sektor strategik seperti semikonduktor, pembuatan berteknologi tinggi, logistik dan ekonomi digital, serta menyediakan bakat tempatan melalui pendidikan teknikal dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Menurut beliau, kerancakan ekonomi turut bergerak seiring dengan pengukuhan kedudukan kewangan negeri apabila kutipan hasil sehingga 31 Julai lalu yang mencecah RM319.8 juta bersamaan 60.46 peratus daripada unjuran tahunan sebanyak RM528.9 juta.

Atas landasan tersebut, dua anak syarikat kerajaan negeri iaitu Melaka ICT holdings Sdn Bhd dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) kini sedang dipersiapkan ke arah penyenaraian di Bursa Malaysia, masing-masing disasarkan seawal suku pertama 2028 dan 2029, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab Rauf berkata, transformasi digital negeri diperluas apabila capaian internet mudah ali di kawasan berpenduduk mencapai 100 peratus.

“Kekuatan ini terus diperkukuh melalui liputan 5G yang mencapai 89.9 peratus menerusi rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB) dan 94.1 peratus menerusi rangkaian U Mobile.

“Lebih penting lagi, sepanjang tiga tahun saya menerajui pentadbiran ini, sebanyak 63 struktur pemancar baharu dibina, 303 stesen pemancar dinaik taraf dan 77,774 sambungan gentian optik baharu disediakan, menjadikan jumlah keseluruhannya lebih 233,000 sambungan berkapasiti tinggi di premis kediaman dan perniagaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement