awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan kesihatan Ahmad Zahid baik - Anak

Bernama
Bernama
19/11/2023
06:30 MYT
Keadaan kesihatan Ahmad Zahid baik - Anak
Semalam tular di media sosial mengenai kesihatan Ahmad Zahid. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baik, selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lepas.
Anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah yang memaklumkan perkembangan itu dalam catatan di Instagram hari ini berkata beliau amat menghargai keprihatinan dan doa daripada semua pihak.
"Alhamdulillah abah saya sihat setelah menjalani satu prosedur pembedahan pada hari Khamis lepas, yang seharusnya dilakukan lebih awal lagi, (namun tidak dapat) kerana kekangan masa dan jadual yang padat.
"Bagi kami sekeluarga, inilah masa yang sebaiknya kami gunakan untuk bersama menyantuni abah, menjadi sumber semangat abah untuk kembali pulih dan sihat agar dapat meneruskan khidmat kepada negara," katanya.
Nurul Hidayah berkata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mempunyai semangat juang yang tinggi.
View this post on Instagram
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid)
"Semoga segala pengorbanan dan perkhidmatan abah kepada agama, masyarakat dan negara keseluruhannya selama ini, Allah gantikan dengan pahala yang berlipat ganda," katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih.
Semalam tular di media sosial mengenai kesihatan Ahmad Zahid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keadaan kesihatan
#Zahid Hamidi
#Nurul Hidayah
#prosedur pembedahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan