KUALA LUMPUR: Riyad Mansour, Pemerhati Tetap Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Negara Palestin, berkata keadilan untuk rakyat Palestin adalah satu-satunya jalan penyelesaian bagi konflik semasa dan bukannya keganasan berterusan.
Riyad, yang pertama untuk berucap dalam Sidang Khas Tergempar Ke-10 Perhimpunan Agung PBB mengenai konflik Israel-Gaza di New York pada Khamis, menyeru negara-negara anggota supaya mengundi untuk menghentikan keganasan daripada berterusan, memperjuangkan keadilan di sebalik dendam, dan keamanan di sebalik perang.
Beliau berkata tidak ada apapun yang mewajarkan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
"Jawapan kepada pembunuhan warga Israel dan Palestin bukanlah pembunuhan berterusan. Undilah untuk menghentikan pembunuhan, undilah untuk menghentikan kegilaan ini. Undilah untuk mengakhiri hampir tiga minggu pilih kasih dan ketidakadilan terburuk yang kita pernah lihat dalam beberapa dekad ini.
"Mengapa tiada kesanggupan untuk mengakhiri segera pembunuhan," soalnya.
Riyad, yang juga dengan emosi menceritakan tragedi yang dialami oleh banyak keluarga Palestin dalam konflik itu, menunjukkan bahawa hampir 1,000 orang Palestin dibunuh setiap hari.
"Sementara kita berkumpul di sini orang Palestin di Gaza di hujani bom. Anda bercakap sementara keluarga dibunuh, sementara hospital berhenti beroperasi, sementara kawasan-kawasan hancur, sementara orang ramai melarikan diri dari satu tempat ke tempat lain tanpa tempat selamat untuk pergi.
"Tidak ada masa untuk berduka," katanya yang sebak, menunjukkan peningkatan jumlah kematian setiap hari.
Sementara itu, Presiden Perhimpunan Agung PBB Dennis Francis dalam ucapan pembukaannya berkata keganasan dalam konflik Israel-Palestin harus berakhir, dan gencatan senjata serta pembukaan segera dan tanpa syarat koridor bantuan kemanusian adalah penting.
Francis berkata beliau "sangat tertekan dan dukacita" dengan peristiwa yang berlaku di Israel dan Palestin.
"Semua pihak yang terlibat dalam konflik ini harus mematuhi Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan perlu segera membenarkan pembukaan koridor kemanusiaan ke Semenanjung Gaza," katanya, sambil menekankan bahawa bantuan yang sangat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa harus sampai kepada mereka yang memerlukan.
Bilangan kematian di pihak Palestin akibat serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt meningkat kepada 7,028 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.
Penduduk Gaza yang berjumlah 2.3 juta orang semakin kehabisan makanan, air, ubat-ubatan, dan bahan bakar, dan konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya membawa sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Pemerhati Tetap Riyad H. Mansour berucap di Sidang Khas Tergempar Ke-10 Perhimpunan Agung PBB di New York, AS. - Foto REUTERS
Ustaz Don seru jabatan agama keluar garis panduan ‘dating’ mencari jodoh
Jelas Ustaz Don, Islam tidak mengongkong umatnya tanpa alasan munasabah namun ia menyekat perkara-perkara yang boleh merosakkan generasi.
Lelaki warga emas ditemukan lemas dalam longkang
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 2.30 petang.
Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak perempuan hilang
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerima laporan mengenai kehilangan Thiriyashini Murali Krishna yang beralamat di No 29 Jalan Jaya 2/8, Taman Pagoh Jaya, Panchor, Muar, Johor.
LRA Labohan Dagang beroperasi sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula 5 pagi ini.
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran, memahami dan menelaah kandungannya agar mudah diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
236,000 pek makanan MRE dapat kelulusan Arab Saudi
Kelulusan oleh Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan Arab Saudi membolehkan Lembaga Tabung Haji (TH) dan rakan strategik, Mashariq menguruskan sajian makanan sedia dimakan (MRE) kepada jemaah haji Malaysia semasa Masyair nanti.
Pelantikan Pengerusi SPR penting untuk reformasi hala tuju
Yan Ke berkata berpandangan reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan setakat ini juga berada pada tahap tidak memuaskan dan prestasi berkenaan boleh dipertingkatkan.
Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia
Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi.
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Iktiraf Palestin, umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Netanyahu berkata, tindakan Ireland, Norway dan Sepanyol mengiktiraf Palestin tidak akan menghalang Israel memenangi perang di Gaza.
China sokong negara Arab berintegriti mainkan peranan lebih besar dalam isu Palestin
China telah meneliti perisytiharan dan kenyataan berkenaan yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak Majlis Pemimpin Liga Arab ke-33 di Bahrain yang memfokuskan isu Palestin-Israel.
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.