awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sokong negara Arab berintegriti mainkan peranan lebih besar dalam isu Palestin

Bernama
Bernama
22/05/2024
09:00 MYT
China sokong negara Arab berintegriti mainkan peranan lebih besar dalam isu Palestin
Wang berkata China menghargai pelbagai keputusan yang dicapai dalam sidang itu seperti menuntut "penyelesaian dua negara" dilaksanakan. - Gambar fail/FB Wang Wenbin
BEIJING: China telah meneliti perisytiharan dan kenyataan berkenaan yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak Majlis Pemimpin Liga Arab ke-33 di Bahrain yang memfokuskan isu Palestin-Israel, kata Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada Selasa.
Wang berkata China menghargai pelbagai keputusan yang dicapai dalam sidang itu seperti menuntut "penyelesaian dua negara" dilaksanakan, menyeru untuk mengadakan persidangan damai antarabangsa, menyokong pelbagai puak dalam Palestin berdamai, menyeru masyarakat antarabangsa serta negara kuasa besar yang berpengaruh menjauhkan diri dari amalan yang bermotifkan politik dan dwistandard apabila menangani krisis antarabangsa.
Menurut beliau, China menyokong negara-negara Arab berintegriti memainkan peranan yang lebih besar dalam menangani isu Palestin, dan bersedia terus bersama-sama dengan negara Arab meningkatkan koordinasi dan kerjasama, memberi sumbangan kepada usaha meredakan ketegangan dalam situasi Palestin-Israel dan menggerakkan isu Palestin kembali ke landasan yang tepat yang berteraskan "penyelesaian dua negara".
Sidang Kemuncak Majlis Pemimpin Liga Arab ke-33 yang diadakan di Bahrain itu juga menekankan pendirian bersatu negara-negara Arab serta memuji pendirian China yang menyokong negara-negara Arab khususnya dalam isu Palestin.
--BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#China
#penyelesaian isu Palestin
#Wang Wenbin
#Pemimpin Liga Arab
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan