awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebajikan kakitangan hospital dan petugas media tidak dilupa

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2020
11:12 MYT
Kebajikan kakitangan hospital dan petugas media tidak dilupa
Tidak hanya tertumpu di satu kawasan, pihak JKM turut menyalurkan bantuan dengan kerjasama pelbagai pihak sama ada kerajaan mahupun swasta untuk petugas barisan hadapan. -Gambar Astro AWANI
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bekerjasama dengan syarikat swasta, KOZY Square untuk menyediakan bekalan makanan kepada petugas hospital dan agensi media sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Bantuan disalurkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Hospital Umum Sarawak.
Menurut kakitangan Pentadbiran Makanan dan Minuman (F&B) KOZY Square, Azie Azira Mohd Yansin, pihaknya menyediakan sebanyak 400 bungkus makanan untuk makan tengahari dan makan malam secara berasingan.
“Untuk media kami sediakan setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad, sarapan dalam lebih kurang 50 bungkus dan makan malam 100 bungkus,” katanya.
Tambahnya, walaupun tiada masalah peruntukkan, bekalan bahan mentah perlu sentiasa dipantau kerana senarai pembekal agak terhad ketika ini berbanding kuantiti makanan yang disediakan.
Di samping itu, tidak hanya tertumpu di sesuatu bahagian, JKM akan terus bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan swasta bagi salur bantuan bekalan makanan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan.
Dalam masa sama, kerajaan turut memberi jaminan bahawa kebajikan petugas barisan hadapan dari sudut kesihatan, kewangan dan psikologi akan terus menjadi keutamaan sepanjang PKP berkuatkuasa.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#bekalan makanan
#COVID-19
#jkm
#JKN
#KKM
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan