SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus memantau kesejahteraan rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu, berikutan sekatan sempadan yang dilaksanakan akibat pandemik COVID-19 sejak 2020.
Ketua misi Malaysia yang baharu dilantik, Datuk Azfar Mohamad Mustafar berkata, misi itu bersedia memberikan bantuan konsular untuk memastikan mereka yang terjejas dapat kembali berulang-alik setiap hari seperti sebelum pandemik.
Bercakap kepada Bernama, Azfar berkata kebanyakan rakyat Malaysia yang sebelum ini berulang-alik setiap hari dari Johor, terkandas di republik itu kerana mereka perlu memilih demi untuk menyara keluarga sepanjang tempoh sukar ini.
"Amat sukar bagi mereka. Sebagai sumber pendapatan keluarga, kebanyakan mereka memutuskan untuk tinggal di sini dan meninggalkan keluarga mereka di Malaysia. Ini adalah pilihan yang harus mereka buat, " katanya.
Beliau mengakui beberapa cawangan syarikat Malaysia di sini seperti Maybank, CIMB dan Persatuan Malaysia di Singapura (MASIS) telah banyak membantu warga Malaysia yang terkandas.
Azfar turut menyuarakan kebimbangan mengenai kesihatan mental rakyat Malaysia yang terjejas itu, terutama apabila perkara itu menjadi fenomena global disebabkan sekatan pergerakan.
"Elak daripada simpan dan pendam masalah cuba sentiasa bergaul dan jangan mengasingkan diri.
"Kita perlu sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia kerana sebilangan daripada mereka tidak dapat pulang ke rumah mereka di Johor ada yang sudah lebih setahun dan ada yang sudah dua tahun.
"Mereka hanya berkomunikasi dengan keluarga mereka melalui panggilan video WhatsApp. Perpisahan ini menjejaskan setiap orang dengan cara berbeza," katanya.
Ditanya apakah rutin berulang-alik akan kembali tahun ini ketika Singapura bergerak menuju tahap endemik untuk COVID-19, Azfar berkata "buat masa ini ia belum sesuai untuk dibincangkan."
Beliau mengandaikan apabila Singapura dan khususnya Johor mencapai imuniti kelompok, barulah perkara itu boleh diteliti.
Azfar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke-17 ke Singapura, menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Halimah Yacob pada Selasa (31 Ogos).
Pada 15 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menyampaikan watikah pelantikan kepada Azfar dan 18 duta baharu yang ditugaskan dengan misi luar negara.
Azfar pernah berkhidmat sebagai duta ke Perancis sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan itu sejak pertengahan 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Azfar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke-17 ke Singapura, menyerahkan watikah pelantikannya kepada Presiden Halimah Yacob pada Selasa (31 Ogos). - Bernama
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Air mata di Aidilfitri, jenazah Wan Nur Adlina Alisa selamat dikebumi
Tiada yang lebih menyedihkan bagi keluarga Wan Nur Adlina Alisa apabila terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan hiba apabila menerima jenazahnya, sebelum mengebumikannya.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Rakyat Malaysia boleh bersatu jika cari titik perpaduan - Ahmad Zaharil
Rakyat Malaysia perlu bersatu hati merai kepelbagaian tradisi dan budaya, kata peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.