KUCHING: Kerja-kerja memulihkan sistem dan perkhidmatan dalam talian kerajaan Sarawak yang tergendala akibat kebakaran di bilik server di Wisma Bapa Malaysia di sini malam Khamis, dijangka selesai Isnin ini.
Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), syarikat teknologi maklumat (IT) milik kerajaan negeri, dalam kenyataan dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan para pakarnya telah bekerja 24 jam sejak insiden itu dengan sebahagian sistem yang kritikal berjaya dipulihkan.
"Kami akan meneruskan usaha untuk memastikan sebahagian besar sistem dan perkhidmatan kembali berfungsi menjelang Isnin ini," menurut kenyataan itu.
BACA: Aplikasi e-tunai S Pay tergendala, bilik server terbakar
Sementara itu, Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan kebakaran dilaporkan oleh orang awam pada 7.13 malam Khamis selepas asap tebal dilihat keluar dari salah satu daripada 22 tingkat bangunan pusat pentadbiran negeri itu.
Bekalan elektrik di bangunan itu diputuskan pada 8.28 malam sebelum anggota bomba dapat memasuki bilik server dan memadamkan api.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Kebakaran dilaporkan oleh orang awam pada Khamis malam selepas asap tebal dilihat keluar dari salah satu daripada 22 tingkat bangunan Wisma Bapa Malaysia di Kuching. - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Perkhidmatan dalam talian alami gangguan, Maybank mohon maaf
Maybank dalam satu kenyataan memohon maaf kepada semua pengguna dan berkata ia sedang berusaha menyelesai dan memulihkan perkhidmatannya yang terjejas.
MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan
Menurut MyEG, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya.
Kebakaran bilik server: Sistem, perkhidmatan dalam talian Sarawak pulih Isnin
Pakarnya bekerja 24 jam sejak insiden itu dengan sebahagian sistem yang kritikal berjaya dipulihkan.
Tabung Haji perkenal perkhidmatan pindahan dana menerusi JomPAY
Pendeposit dapat memindahkan dana daripada akaun simpanan atau semasa bank kepada akaun simpanan TH melalui platform perbankan Internet.
COVID-19: SSM saran orang ramai guna perkhidmatan dalam talian
SSM dalam kenyataannya pada Isnin memaklumkan ia sebagai antara langkah bagi mengekang penyebaran COVID-19.