awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di loji akibatkan gangguan air di 100 kawasan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2021
05:36 MYT
Kebakaran di loji akibatkan gangguan air di 100 kawasan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran di sebuah bilik selepas dua transformers terbakar di Loji Air Semangar, Jalan Kulai-Kota Tinggi, Kota Tinggi, pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KOTA TINGGI: Dua unit transformers di Loji Air Semangar, Jalan Kulai-Kota Tinggi dekat sini pada Selasa terbakar hingga mengakibatkan gangguan bekalan air di 100 buah kawasan melibatkan lebih lima daerah.
Ranhill SAJ Sdn Bhd dalam satu kenyataan memberitahu, antara kawasan terlibat di Kempas, Skudai, Senai, Austin, Pulai, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Sedenak, Seelong dan Kulai.
SAJ memaklumkan, antara kawasan terlibat Bandaraya Iskandar Puteri; Forest City; Taman Tema Legoland; Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS); Bandar Pulai Jaya; kawasan perindustrian dan taman perumahan.
Begitu juga pejabat kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Laut Marin dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Iskandar Puteri.
"Kebakaran mengakibatkan loji henti tugas dan berlaku gangguan bekalan air luar jangka di beberapa kawasan seperti dinyatakan.
"Pihak SAJ sedang sedaya upaya bersama-sama pihak berkaitan untuk menyelesaikan permasalahan ini bagi memastikan kawasan terjejas menerima bekalan air bersih secara berperingkat-peringkat," jelas kenyataan itu.
SAJ menjelaskan, berdasarkan maklumat terkini, sekiranya kerosakan berjaya dibaiki dalam masa terdekat, anggaran tempoh pemulihan bekalan air adalah 12 jam selepas loji dioperasikan semula dengan kapasiti penuh.
Sementara itu, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu kenderaan utiliti Pajero dikejarkan ke tempat kejadian.
Komander Operasinya, Penolong Kanan Penguasa Azman Jantan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 2.57 petang.
"Kebakaran dua unit transformers itu berlaku dalam bilik berkeluasan 6.09 meter x 4.57 meter x 3.65 meter dan tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
"Bilik berkenaan telah terbakar 80 peratus. Kebakaran telah mengakibatkan kesan jelaga pada bilik tersebut. Operasi tamat pada jam 4.45 petang. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Kebakaran di loji akibatkan gangguan air di 100 kawasan
Topic Berkaitan
#transformers terbakar
#Loji Air Semangar
#gangguan bekalan air
#Balai Bomba dan Penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan