awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Kerja sedut air dari kawah di 'ground zero' diteruskan

Bernama
Bernama
07/04/2025
01:35 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Kerja sedut air dari kawah di 'ground zero' diteruskan
WAN AZLAN: Ada sedikit peningkatan air yang bertakung di kawasan tersebut tetapi buat masa ini semuanya lancar dan kerja-kerja mengepam sedang dilakukan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Memasuki hari ketujuh kejadian letupan dan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, pihak berkuasa masih meneruskan kerja-kerja mengeluarkan air bertakung di kawasan kawah yang terbentuk di 'ground zero' ekoran hujan sejak beberapa hari lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata paras air bertakung meningkat sedikit pagi ini disebabkan hujan malam tadi.
"Ada sedikit peningkatan air yang bertakung di kawasan tersebut tetapi buat masa ini semuanya lancar dan kerja-kerja mengepam sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Difahamkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain akan hadir di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights petang ini.
Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisham Mohammad berkata dua jentera untuk mengepam air sentiasa tersedia di lokasi kejadian sekiranya ada keperluan untuk mengepam keluar air yang bertakung.
"Pam yang disediakan sentiasa berada di situ kerana proses ini bukanlah 'one-shot', jadi apabila hujan kita boleh terus keluarkan air yang bertakung di situ," katanya ketika dihubungi Bernama pagi ini.
Insiden kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Sebanyak 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan manakala 87 lagi rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami.
Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan 38 daripada keseluruhan 146 mangsa tragedi itu masih dirawat di hospital dan klinik, merangkumi 18 mangsa di hospital kerajaan manakala 20 lagi di kemudahan kesihatan swasta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Azlan Wan Mamat
#Putra Heights
#kebakaran gas
#air bertakung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan