"Masa kejadian, saya sedang masak, baru buka kedai. Tiba-tiba saya dengar jeritan orang minta tolong. Saya tengok dah ada asap tebal dan api mula marak.
"Saya guna alat pemadam api untuk padamkan api yang menyala di dinding rumah, tetapi api tu padam sekejap saja, kemudian ia menyala balik," kata Syawal Indra, saksi kebakaran di Kampung Baru pagi ini.
Pemilik kedai makan itu ditemui selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba dalam kejadian yang membabitkan 15 rumah setinggan dekat Lorong Raja Muda Musa Enam, Kampung Baru, hari ini.
Ketua Cawangan Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Ahmad Adli Abdul Rahman sementara itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9:39 pagi.
Menurutnya, api berjaya dikawal sekitar 10:12 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Usaha memadam kebakaran sedikit mencabar memandangkan kedudukan rumah yang agak rapat dan ia antara punca kenapa api merebak dengan cepat.
"Jumlah kerugian dianggarkan sekurang-kurangnya RM500,000," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang tiba di lokasi pada 11:25 pagi memuji tindakan pantas bomba dan pihak berkuasa mengawal kebakaran.
Beliau turut meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan penempatan sementara buat mangsa yang tinggal sehelai sepinggang selepas semua harta benda hangus dalam kejadian berkenaan.
Astro AWANI dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada jam 9:48 pagi menerusi pembaca kami di Facebook yang menggunakan nama Ct Baizura.
Hilal Azmi
Fri Dec 29 2017
Orang awam turut membantu anggota Bomba dan Penyelamat yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran melibatkan kawasan rumah dan rumah kedai di Kampung Baru hari ini. -fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kebakaran Kampung Baru: Api padam sekejap, kemudian menyala balik - Saksi
Pemilik kedai makan itu ditemui selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba dalam kejadian yang membabitkan 15 rumah setinggan dekat Lorong Raja Muda Musa Enam, Kampung Baru, hari ini.