awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Kampung Cina: Pembaikan, pembangunan semula akan diperinci - ADUN

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/09/2022
02:10 MYT
Kebakaran Kampung Cina: Pembaikan, pembangunan semula akan diperinci - ADUN
Deretan kedai termasuk kedai kain, kedai kunci dan kedai emas dan kedai jahit hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam pada Ahad. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Pembaikan dan pembangunan semula Kampung Cina akan diperincikan selepas 12 buah premis di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong itu musnah dalam kebakaran pada Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Kuala Terengganu, Ahmad Shah Mohamed berkata, pihaknya akan membincangkan perkara tersebut bersama pimpinan kerajaan negeri.
Ahmad Shah berkata ia melihat dan menilai bantuan yang akan disalurkan bagi pembangunan tersebut.
"Insya-Allah perkara itu akan dibincangkan di peringkat kepimpinan kerjaan negeri dan kebiasaannya kerajaan tidak akan biarkan perkara ini tanpa sebarang pembaharuan atau pembaikan.
"Insya-Allah kita akan tengok dan kita akan nilai apa-apa yang sesuai untuk kita bagi bantuan untuk pembangunan kembali tempat ini," katanya.
Sementara itu Ahmad Shah berkata, pihaknya juga akan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran tersebut termasuk penginapan kepada mangsa yang hilang tempat berlindung.
Pada Ahad sebanyak 12 buah premis termasuk rumah kedai yang berusia lebih 60 tahun musnah dalam kebakaran di Kampung Cina, Kuala Terengganu.
BACA: Deretan rumah kedai di Kampung Cina Kuala Terengganu terbakar
Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu menyaksikan deretan kedai termasuk kedai kain, kedai kunci dan kedai emas dan kedai jahit hangus dijilat api.
Kebakaran itu juga menyebabkan tujuh buah kedai separa kekal berkenaan musnah 100 peratus.
Topic Berkaitan
#kampung cina
#Ahmad Shah Mohamed
#ADUN Bandar Kuala Terengganu
#12 buah premis musnah terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan