awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran kilang: Bomba berdepan kesukaran akibat ketiadaan pili air

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/07/2021
06:32 MYT
Kebakaran kilang: Bomba berdepan kesukaran akibat ketiadaan pili air
Pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi berhubung kejadian kebakaran itu. - Foto JBPM
NIBONG TEBAL: Ketiadaan pili air menyebabkan pasukan bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran memadam kebakaran sebuah kilang plastik di Jalan Tasek 2, Simpang Ampat, Nibong Tebal, awal pagi Rabu.
Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, PBK II Mohd Safi@Roslan Abdullah, arus elektrik yang masih aktif turut menyebabkan pihaknya berdepan kesukaran melakukan kerja-kerja pemadaman api.
Menurutnya, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi berhubung kejadian kebakaran itu.
“Setiba di lokasi, kebakaran telah memusnahkan hampir 60 peratus bangunan kilang tersebut,” katanya.
"Terdapat pencawang elektrik berdekatan dengan kilang itu dengan arus elektrik yang masih aktif menyebabkan anggota berdepan kesukaran melakukan kerja-kerja pemadaman api,” ujarnya.
Menurut Mohd Safi, pihaknya menghadapi masalah bekalan air kerana kilang berkenaan tidak mempunyai pili air.
"Bomba turut berdepan masalah air apabila jentera 'water tanker' kehabisan bekalan manakala kilang berkenaan juga tidak mempunyai pili dan sehingga menyebabkan anggota terpaksa mendapatkan bekalan air daripada kilang berhampiran” jelasnya.
Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.35 pagi. - Foto JBPM
Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.35 pagi. - Foto JBPM
Katanya, anggota turut menjalankan kerja-kerja pengawalan bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke kilang besi yang terletak bersebelahan kilang tersebut.
Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.35 pagi, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Jelas Mohd Safi, operasi pemadaman dilakukan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap dan dibantu BBP Batu Kawan, Nibong Tebal, Bayan Baru termasuk Pasukan Bomba dan Sukarela (PBS) berdekatan.
Tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.
"Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemui bahan api dipercayai petrol atau diesel yang menyebabkan api merebak dengan cepat," katanya.
Namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Nibong Tebal
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Balai Bomba dan Penyelamat
#JBPM
#pili bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan