awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran musnahkan dua bilik guru di SMK Dang Anum, tiada mangsa terlibat

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/07/2025
23:35 MYT
Kebakaran musnahkan dua bilik guru di SMK Dang Anum, tiada mangsa terlibat
Setakat jam 7 pagi ini, operasi masih lagi dijalankan dan punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Foto JBPM Melaka
JASIN: Dua buah bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau Melaka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Sukur Md Ali berkata, bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada jam 5.36 pagi sebelum jentera pertama dikerahkan ke lokasi dua minit kemudian.
“Apabila Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan dua bilik guru di tingkat satu bangunan sekolah.
"Kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 80 x 60 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, seramai 19 anggota dari empat balai terlibat dalam operasi ini, iaitu BBP Merlimau, BBP Jasin, BBP Padang Temu dan BBP Bukit Katil.
Operasi pemadaman sedang dijalankan dengan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki serta tiga pancutan air dari pili bomba.
Setakat jam 7 pagi ini, operasi masih lagi dijalankan dan punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#bilik guru
#SMK Dang Anum
#bangunan sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan