awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas: Dentuman kuat disangka kapal terbang terhempas - Mangsa

Bernama
Bernama
01/04/2025
13:36 MYT
Kebakaran paip gas: Dentuman kuat disangka kapal terbang terhempas - Mangsa
Ahmad berkata pada awalnya dia menyangkakan bunyi letupan mercun sempena sambutan Aidilfitri namun tidak lama selepas itu dia mula merasakan gegaran kuat dari dalam rumah. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: "Mula-mula saya ingat bunyi mercun, tidak lama selepas itu dentuman kuat pula kedengaran seperti kapal terbang terhempas," kata seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya.
Seorang peniaga kecil-kecilan yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad Daniel, 25, berkata beliau dan isteri Ellyna Nadiawati, 41, sempat menyelamatkan diri tetapi tidak dapat membawa bersama barangan peribadi termasuk dokumen penting.
Bercerita lebih lanjut kepada Bernama, Ahmad berkata pada awalnya dia menyangkakan bunyi letupan mercun sempena sambutan Aidilfitri namun tidak lama selepas itu dia mula merasakan gegaran kuat dari dalam rumah.
"Saya selak tingkap, tengok keliling dah ada api dan menghubungi ayah di kampung beritahu rumah dah terbakar.
"Saya juga segera kejutkan isteri dan adik sebelum kami dengan pantas keluar dari rumah yang mula dijilat api," katanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya selepas menerima rawatan bagi kecederaannya.
Ahmad melecur pada bahagian tangan dan badan selepas terkena tombol pintu yang panas serta besi motosikalnya yang hampir cair.
"Saya nak buka pintu, baru pegang tombol dah rasa panas. Masa cuba selamatkan motor saya terpegang besi panas, kulit terus melekat, hendak tarik pun sakit," katanya sambil menunjukkan kesan luka di tangannya.
Ahmad dan keluarga yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights berharap siasatan terperinci dapat dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Kami berharap ada pihak bertanggungjawab sebab ramai yang terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#dentuman kuat
#kapal terbang terhempas
#Putra Heights
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan