NATIONAL
Kebakaran paip gas: Masjid Nurul Iman sesak dengan mangsa, sukarelawan

Antara kekuarga pesakit yang mendapatkan rawatan dan ditempatkan di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah. Gambar kecil: Shahafizan
PUCHONG: Masjid Nurul Iman di Kampung Tengah, di sini, yang digunakan sebagai pusat rawatan sementara bagi mangsa kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, kini telah bertukar menjadi sesak.
Ringkasan AI
- Masjid Nurul Iman di Kampung Tengah sesak dengan mangsa kebakaran, petugas kecemasan, sukarelawan, dan orang awam yang memberi bantuan.
- Seramai 22 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di masjid tersebut, dengan ramai mangsa memerlukan rawatan kecemasan.
- Kebakaran paip gas di Putra Heights menyebabkan 112 mangsa cedera dan 49 rumah terjejas, dengan mangsa menerima rawatan di beberapa hospital dan pusat pemindahan sementara.
"Pihak berkuasa tempatan, pasukan perubatan, serta badan-badan amal telah berusaha untuk memastikan setiap mangsa mendapat perhatian yang sewajarnya, walaupun situasi semasa agak mencabar.
"Dalam keadaan sesak ini, pihak pengurusan masjid, dengan bantuan sukarelawan, berusaha mengatur tempat dan memberi sokongan kepada mereka yang terlibat," ujarnya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, seramai 22 keluarga, termasuk yang mengalami kecederaan ringan, ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Masjid Nurul Iman, Kampung Tengah itu.
Terdahulu, kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights itu menyebabkan 112 mangsa cedera dan 49 rumah terjejas.
Mangsa yang cedera menerima rawatan di beberapa hospital, termasuk Hospital Cyberjaya, Serdang, dan Putrajaya. Lima mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Selain itu, beberapa mangsa menerima rawatan awal di Masjid Nurul Iman dan Kuil Sri Maha Kaliamman sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights.
Penduduk yang terjejas juga menerima bantuan daripada pelbagai pihak, termasuk wakil rakyat dan organisasi amal. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami