awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas Putra Heights: SPCA Selangor selamatkan 30 kucing, lima anjing

Faida Rahim
Faida Rahim
04/04/2025
02:50 MYT
Kebakaran paip gas Putra Heights: SPCA Selangor selamatkan 30 kucing, lima anjing
Kelvin bersama beberapa ekor haiwan peliharaan yang berjaya diselamatkan SPCA. - Astro AWANI
SUBANG JAYA: Sejumlah 30 ekor kucing termasuk lima ekor anjing peliharaan penduduk terjejas di kawasan perumahan Jalan Putra Harmoni, Putra Heights berjaya diselamatkan sejak Selasa.
Pengurus besar Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, Kelvin Chia ketika ditemui Astro AWANI memberitahu, kesemua haiwan peliharaan itu masih dalam proses mendapatkan rawatan.
“Kalau ikutkan masih banyak haiwan peliharaan yang terkandas di dalam kawasan perumahan terjejas.
“Ini kerana sebanyak 157 keluarga yang terjejas, 40 peratus daripada mereka mempunyai haiwan peliharaan. Lebih kurang 60 keluarga ada kucing atau anjing di rumah mereka,” katanya.
Tambah Kelvin, pihaknya menyediakan bekalan makanan, sangkar dan ubat-ubatan untuk memastikan haiwan yang diselamatkan pulih sepenuhnya sebelum diserahkan semula kepada pemilik.
Menurut Kelvin lagi, pihaknya juga berjaya membawa keluar dua ekor ular peliharaan dari perumahan terjejas.
Sehingga kini, dua ekor anjing peliharaan penduduk dilaporkan mati akibat rentung dalam kebakaran.
Semalam, sebanyak 85 rumah yang terlibat dalam kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya telah disahkan selamat dan penghuni dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai malam ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta penyedia utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan perkara itu, melibatkan kawasan di Taman Harmoni dan bekalan air serta elektrik telah disambungkan ke rumah terbabit.
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#haiwan peliharaan
#SPCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan