awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas Putra Heights: ‘Syukur Kowalski selamat’ - Pemilik kucing

Faida Rahim
Faida Rahim
02/04/2025
09:19 MYT
Kebakaran paip gas Putra Heights: ‘Syukur Kowalski selamat’ - Pemilik kucing
Azimah memberitahu kucingnya yang diberi nama Kowalski dilihat ketakutan serta trauma ketika diselamatkan. - Foto Astro AWANI
SUBANG JAYA: Salah seorang penduduk Norazimah Nordin bersyukur apabila kucing peliharaannya berjaya diselamatkan oleh pihak badan bukan Kerajaan (NGO), SPCA Selangor pada petang Rabu.
Ia susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini semalam.
Walau bagaimanapun, Azimah memberitahu kucingnya yang diberi nama Kowalski dilihat ketakutan serta trauma ketika diselamatkan.
“Saya tidak sangka kucing saya hidup, sebab kucing jiran berhadapan rumah saya kebanyakan mati. Yang rumah berhampiran dengan kawasan yang impak kuat.
“Sehingga kini okay, kucing saya ada dalam sangkar. Mereka temui jam 3.30 petang tadi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Lucingnya diberi nama Kowalski itu dilihat ketakutan serta trauma ketika diselamatkan. - Foto Astro AWANI
Kucing yang diberi nama Kowalski itu dilihat ketakutan serta trauma ketika diselamatkan. - Foto Astro AWANI
Tambah Norazimah, dia mempunyai lima ekor kucing dan tiga sudah berjaya dibawa keluar ketika ini.
Menurut Azimah, kediamannya tidak mengalami kerosakan teruk namun dia harus reda kerana keretanya cair.
Pada Selasa, kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Puchong itu bukan sahaja menggemparkan penduduk sekitar, malah seluruh negara.
Api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu dianggarkan mencecah 1,000 darjah Celsius menunjukkan betapa dahsyatnya kejadian itu dan mengakibatkan kecederaan kepada 67 orang dan merosakan 237 premis dan 390 kenderaan.
Secara fizikal, kebakaran ini memberi kesan yang sangat besar dengan 78 rumah dan 10 kedai terbakar, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#pemilik kucing
#SPCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan