awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran: Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang - Rapid Rail

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2025
12:15 MYT
Kebakaran: Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang - Rapid Rail
Rapid Rail memaklumkan penumpang dibenarkan masuk secara berperingkat dan pergerakan penumpang ke platform dikawal petugas stesen - Foto fail/Rapid Rail Sdn Bhd
KUALA LUMPUR: Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang dan kembali beroperasi pada jam 5.52 petang tadi selepas insiden kebakaran pada Khamis.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan terbaharu memaklumkan penumpang dibenarkan masuk secara berperingkat dan pergerakan penumpang ke platform dikawal petugas stesen.
"Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di dalam kawasan stesen dan platform.
"Dalam insiden yang berlaku pada jam 3.51 petang tadi, kebakaran kecil berlaku dan menyebabkan kerosakan pada panel kawalan penghawa dingin stesen yang terletak di dalam bilik loji penghawa dingin.
"Petugas stesen yang berada di lokasi telah berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran kecil tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rapid Rail menambah pasukan bomba telah tiba di lokasi kejadian pada jam 4.24 petang bagi menjalankan siasatan mengenai punca kebakaran serta memastikan status kawasan stesen berada dalam keadaan selamat .
Kata syarikat itu lagi, bagi melancarkan pergerakan penumpang, perkhidmatan bas perantara percuma masih disediakan ke stesen-stesen berikut:
* Stesen Dang Wangi (hentian bas di hadapan Decathlon KL City Centre) * Stesen Ampang Park (hentian bas di hadapan Avenue K)
Sebagai pilihan alternatif, penumpang juga boleh menaiki tren dari stesen seperti berikut bagi meneruskan perjalanan:
* Laluan Kelana Jaya dari Stesen Ampang Park dan Kampung Baru * Laluan Putrajaya dari Stesen Ampang Park dan Persiaran KLCC * Laluan Monorel KL dari Stesen Bukit Nanas
Dalam masa sama, Rapid Rail memohon maaf kepada semua penumpang yang terkesan sepanjang tempoh insiden berkenaan.
"Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca insiden," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Stesen KLCC
#rapid rail
#bomba
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan