awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini

Bernama
Bernama
07/03/2024
01:20 MYT
Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini
Api kelihatan marak dan memusnahkan rumah di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Batu, Tawau. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Seramai 286 orang daripada 81 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau di sini akibat kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.
"Dua PPS ini dibuka pada pukul 8 malam tadi, dan dijangka berlaku peningkatan mangsa yang akan dipindahkan," menurut kenyataan itu.
Semalam, media melaporkan kira-kira 45 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond di sini, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang.
Kebakaran terjadi di perkampungan atas air Kampung Tanjung Batu, Tawau, semalam. - Foto Sinar Harian
Kebakaran terjadi di perkampungan atas air Kampung Tanjung Batu, Tawau, semalam. - Foto Sinar Harian
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tawau
#PPS
#kebakaran
#Kampung Tanjung Batu Laut Logpond
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan