awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa januari
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebanyakan peniaga bermusim tidak letak tanda harga

Bernama
Bernama
30/04/2024
09:45 MYT
Kebanyakan peniaga bermusim tidak letak tanda harga
Ops Pantau dilaksanakan di lokasi tumpuan orang ramai antaranya bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya, pasar raya besar dan pasar raya mini. - Gambar hiasan/ Sinar Harian
PUTRAJAYA: Peniaga bermusim yang kebanyakannya berniaga pada bulan Ramadan didapati gagal mematuhi sepenuhnya perundangan dikuatkuasakan terutama dari segi meletakkan tanda harga pada barangan jualan.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata hasil itu diperoleh melalui Ops Pantau 2024 bermula 12 Mac hingga 9 April lepas yang bertujuan memastikan pematuhan oleh peniaga sepanjang Ramadan dan Aidilfitri terhadap undang-undang dikuatkuasakan kementerian.
Beliau berkata sebanyak 1,446 aduan pengguna telah diterima dalam tempoh sama melibatkan pelbagai kategori.
"Antara kesalahan dikesan adalah kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azman berkata sepanjang pelaksanaan Ops Pantau 2024, sebanyak 42,697 premis telah diperiksa di seluruh negara dan sebanyak 169 kes telah dihasilkan manakala 2,450 premis yang diperiksa adalah melibatkan bazar Aidilfitri.
"KPDN ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada majoriti peniaga yang telah memberikan kerjasama sepanjang pelaksanaan Ops Pantau 2024 dan berharap agar pematuhan tinggi terhadap perundangan terus diamalkan bagi memastikan persekitaran perdagangan dalam negara yang adil dan kondusif," katanya.
Ops Pantau dilaksanakan secara seragam dan berfokus di seluruh negara dengan pemeriksaan dilaksanakan di lokasi tumpuan orang ramai antaranya bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, pasar raya mini dan kedai runcit.
Selain itu, usaha berterusan kementerian dalam melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang tidak munasabah (mencatut) oleh peniaga-peniaga tidak beretika.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Ops Pantau
#kpdn
#tanda harga
#Peniaga bazar Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan