awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa januari

Bernama
Bernama
05/02/2026
22:50 MYT
FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa januari
Perpindahan Conor Gallagher ke Tottenham dari Atletico Madrid dengan nilai GBP34.7 juta merupakan perbelanjaan terbesar pada Januari bagi pemain yang berpangkalan di luar England. - Foto Tottenham
LONDON: Kelab Inggeris menerajui perbelanjaan global bagi perpindahan antarabangsa semasa jendela musim sejuk 2026, lapor PA Media/dpa dengan memetik laporan terbaharu FIFA.
Kelab di England membelanjakan US$363 juta untuk menandatangani bakat dari luar negara, daripada jumlah keseluruhan bola sepak lelaki global sebanyak US$1.95 bilion, menurut Tinjauan Perpindahan Januari FIFA.
Jumlah itu merupakan rekod kedua tertinggi bagi jendela musim sejuk yang pernah dicatatkan, di belakang Januari 2025 (US$2.37 bilion).
Perpindahan Conor Gallagher ke Tottenham dari Atletico Madrid dengan nilai GBP34.7 juta (US$47.1 juta) merupakan perbelanjaan terbesar pada Januari bagi pemain yang berpangkalan di luar England, manakala perpindahan Taty Castellanos ke West Ham dari Lazio dan penghijrahan Rayan ke Bournemouth dari Vasco da Gama turut tersenarai antara tawaran terbesar.
Kelab di Itali, Brazil, Jerman dan Perancis merupakan pembelanja terbesar seterusnya mengekori England, menurut laporan itu.
Januari 2026 terbukti menjadi rekod jendela musim sejuk bagi bola sepak wanita, dengan lebih US$10.8 juta dibelanjakan oleh kelab-kelab di seluruh dunia, sekali gus memecahkan rekod 2025 sebanyak lebih 85 peratus.
Kelab Inggeris sekali lagi mendahului dengan perbelanjaan sebanyak US$5.03 juta. Ini termasuk pembelian pemain antarabangsa Amerika Syarikat, Sam Coffey oleh Manchester City dari Portland Thorns.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#perpindahan antarabangsa
#Kelab Bola Sepak
#jendela musim sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan