PUTRAJAYA: Umat Islam di Wilayah Persekutuan digalakkan untuk kembali mengimarahkan masjid dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kebenaran untuk membuka semula surau dan masjid di wilayah ini mulai esok membolehkan penduduk setempat untuk mengunjungi rumah ibadat tersebut di kawasan sekitar.
Katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan berhubung had jemaah mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Jadi saya harap semua boleh mengunjungi masjid yang telah berdaftar dan telah mengikut SOP masing-masing.
"Memang mengimarahkan masjid ini wajib, bukan sunah sebagai umat Islam.
"Allah SWT pun menyuruh kita mengimarahkan masjid, jadi sepatutnya kita imarahkan masjid terutamanya membabitkan syiar membabitkan solat Jumaat, solat fardhu dan seumpamanya. Tetapi penting untuk mengikut SOP, itu sahaja," katanya kepada pemberita majlis pelepasan Misi Bantuan Ihsan: Panggilan Pulau ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian, di sini hari ini.
BACA: COVID-19: 300 jemaah dibenar solat Jumaat, Aidiladha di Wilayah Persekutuan - JAWI
Terdahulu, Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan kesemua ketetapan baharu itu
diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan akan berkuat kuasa 9 Julai di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD).
Ia antaranya membenarkan seramai 300 jemaah untuk menunaikan solat Jumaat dan solat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan.
Sementara, 100 orang di Masjid Pusat Zon; Masjid Kariah dan surau Jumaat (50 orang); surau Kebenaran Khas Solat Jumaat (40 orang); surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (12 orang).
Manakala bagi kawasan di bawah PKPD, solat fardu dilaksanakan tiga orang sahaja di semua masjid, surau Jumaat dan surau, manakala solat Jumaat digantikan dengan solat zohor.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 08 2021

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan berhubung had jemaah mengikut SOP di kawasan PKP dan PKPD di Wilayah Persekutuan - Gambar fail ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Trump mulakan lawatan 'Diplomasi Teluk' untuk teguhkan hubungan strategik - Pakar
Lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke beberapa negara Teluk dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik, khususnya dalam bidang ekonomi.
‘Tak ada jalan lain, Nurul Izzah kena menang’ – Rafizi
Tidak ada jalan lain melainkan perlunya memenangkan Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang baharu, biarpun beliau adalah anak kepada Presiden Parti, kata Datuk Seri Rafizi Ramli. #AWANInews
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya. #AWANInews
ICAO putuskan Rusia tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17
Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.
#AWANInews
#AWANInews

Petinju MMA ditikam tiga kali oleh bekas ahli gim
SEORANG petinju MMA berusia 24 tahun ditikam tiga kali di New York oleh seorang bekas ahli gim yang sebelum ini dilarang daripada masuk ke kemudahan itu.

Polis tahan dua lelaki, selesai kes samun tujuh kedai serbaneka
Polis berjaya menyelesaikan kes samun berkawan membabitkan tujuh kedai serbaneka di sekitar Kota Bharu dalam tempoh kurang 72 jam, selepas menahan dua suspek di Jalan Sultanah Zainab semalam.
"Pemilihan dalam parti bukan 'us versus them'" - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution menjawab soalan media berkenaan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan berpendirian beliau bahawa pemilihan dalam parti adalah 'we are together'.
#AWANInews
#AWANInews
Penurunan angka penagih baru sebanyak 10.5 peratus - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution berkongsi data angka penagih dadah yang direkodkan. Setelah tindakan penutupan pengkalan haram dan jalan tikus di negeri-negeri sempadan, membuahkan hasil dengan turunnya sebanyak 10.5 peratus pada suku pertama 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AADK kerjasama Geospatial: Analisis berasaskan aplikasi AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media perhimpunan bulanan KDN menerangkan berkenaan anjakan yang dilakukan oleh AADK terhadap analisis data. Kerjasama bersama Pusat Geospatial dapat membantu pihak AADK menanalisis data mentah serta melakukan unjuran berdasarkan fakta yang dikumpul.
#AWANInews
#AWANInews

Konflik hidupan liar: Nik Nazmi seru kerjasama kerajaan negeri-Pusat
Kerjasama negeri-Persekutuan penting bagi menyelesaikan konflik gajah-manusia, lindungi habitat dan elak tragedi berulang.

Azam Baki junjung kasih atas pelantikan semula sebagai KP SPRM, ikrar terus banteras rasuah
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan melantik semula beliau bagi tempoh setahun.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Wesak
Seri Paduka Baginda bertitah hubungan erat antara kaum bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara malah tunjang perpaduan.

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara simbol taat setia kepada Raja
Istiadat itu mula diperkenankan untuk disaksikan oleh orang awam pada 1994, namun ia terhenti seketika susulan COVID-19, sebelum disambung kembali tahun lalu.

Raja Permaisuri Agong doakan jemaah haji dikurniakan kesihatan baik
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mendoakan agar semua jemaah bagi musim haji 1446H/2025M dikurniakan kesihatan yang baik dan dilancarkan urusan ibadah mereka.

RUU Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 dipersembahkan kepada Agong - Nga
KPKT telah mempersembahkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Anggota Bomba Sedunia
Seri Paduka Baginda mengucapkan terima kasih atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi semua anggota bomba.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Pekerja
Negara menghargai dedikasi dan komitmen pekerja yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91
Sultan Ibrahim merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga dan veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwakilan asing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima watikah pelantikan lapan ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara.

Presiden China, Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.