awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran paip sebabkan pembaziran 45 peratus bekalan air ke Langkawi - SADA

Bernama
Bernama
07/02/2024
09:06 MYT
Kebocoran paip sebabkan pembaziran 45 peratus bekalan air ke Langkawi - SADA
Menurut SADA, kerja pembaikan hanya boleh dilakukan pada waktu tertentu dengan mengambil kira jendela pasang surut laut serta kelulusan daripada Jabatan Laut Malaysia. -Gambar FB SADA
ALOR SETAR: Kekerapan kebocoran paip dasar laut yang membawa bekalan air dari tanah besar ke Pulau Langkawi menyebabkan pembaziran hampir 45 peratus bekalan air terawat setiap hari.
Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dalam satu hantaran melalui Facebook memaklumkan hal itu menyebabkan syarikat berkenaan terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi setiap kali kebocoran berlaku.
"SADA berharap melalui usaha dan pelaksanaan projek pembaikan paip dasar laut secara menyeluruh yang dijangka siap pada Jan 2025 nanti, akan dapat mengatasi masalah kebocoran ini, sekali gus meminimumkan gangguan bekalan air di Pulau Langkawi," menurut SADA.
Dalam pada itu, syarikat berkenaan memberitahu kerja-kerja pembaikan kebocoran paip dasar laut berusia 27 tahun itu telah dilakukan semalam dan diteruskan pada esok melalui kaedah clamping oleh pakar penyelam komersial.
Menurut SADA, kerja pembaikan hanya boleh dilakukan pada waktu tertentu dengan mengambil kira jendela pasang surut laut serta kelulusan daripada Jabatan Laut Malaysia.
"Hasil daripada pembaikan dua hari itu, SADA menjangkakan pertambahan antara enam juta liter sehari (MLD) hingga 8 MLD bekalan air terawat dapat dihantar ke Tangki Pengimbang Penarak, Langkawi," katanya.
Sebelum ini, SADA menyatakan lebih 60 peratus bekalan air terawat yang digunakan penduduk di Pulau Langkawi dibekalkan dari Loji Rawatan Air Sungai Baru, Perlis melalui paip dasar laut sepanjang 37 kilometer.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SADA
#pulau langkawi
#kos pembaikan
#kebocoran paip dasar laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan