KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata hari ini walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam kesedaran oleh Kesatuan Eropah mengenai kemampanan minyak sawit dan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO), namun pemahaman mengenai metrik mahupun pencapaiannya masih belum mencukupi.
Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setakat 30 Jun 2020, sebanyak 3,040 ladang atau 96.04 peratus yang terdiri daripada 4,064,895 hektar tanah tanaman telah memperoleh sijil MSPO manakala sebanyak 400 kilang minyak atau 88.5 peratus berjaya mendapatkan sijil MSPO.
"Kebolehpercayaan standard MSPO ini sering dipandang dingin dek kerana sikap pilih kasih blok ekonomi itu terhadap pensijilan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO)," katanya dalam satu artikel bertajuk "MSPO: Usaha kerajaan untuk menjamin kemampanan masa depan industri sawit negara".
Piawaian MSPO juga telah diselaraskan dengan pengurusan pengeluaran minyak sawit yang menggunakan undang-undang dan peraturan negara sedia ada.
Dalam konteks kelestarian minyak sawit, jenis skim sama yang telah dilaksanakan ialah RSPO dan Minyak Sawit Lestari Indonesia (ISPO).
Secara ringkasnya, pensijilan MSPO menekankan pengurusan mampan dan bertanggungjawab yang boleh memberi impak sosial, alam sekitar dan ekonomi yang positif sambil meminimumkan kesan negatif, khususnya ke atas manusia dan alam sekitar.
RSPO
RSPO dibangunkan oleh satu pasukan antarabangsa yang merangkumi pengeluar minyak sawit, peniaga, pelabur dan organisasi bukan berasaskan keuntungan pada tahun 2004 - lebih sedekad sebelum MSPO.
RSPO mempunyai pelbagai kumpulan bukan berasaskan keuntungan dan pemegang kepentingan yang menyatukan tujuh sektor industri minyak sawit dalam satu dialog tetap termasuk pelabur, penanam, peruncit dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggunakan sistem pengundian secara konsensus untuk membangunkan standard dan kriteria secara berterusan.
Setakat ini, 20 peratus daripada minyak sawit dunia mempunyai pensijilan RSPO.
Sebagai perintis pensijilan, RSPO dipuji kerana menggalakkan pertumbuhan dan penggunaan minyak sawit yang mampan. Tidak boleh dinafikan bahawa apabila penanaman dilakukan dengan bertanggungjawab, penghasilan minyak sawit adalah sangat efisien dengan penggunaan tanah yang optimum.
Dibandingkan dengan tanaman utama lain seperti bunga matahari, kacang soya dan kanola, kelapa sawit menggunakan tanah yang paling sedikit tetapi menghasilkan minyak yang paling banyak.
Satu ekar kelapa sawit boleh menghasilkan 11 kali lebih banyak minyak berbanding dengan kacang soya dan 10 kali lebih banyak daripada bunga matahari.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, RSPO juga telah dikritik, terutamanya oleh pertubuhan alam sekitar yang bukan berasaskan keuntungan yang berpendapat bahawa piawaiannya gagal memberikan perlindungan yang mencukupi untuk hutan asli, buruh yang digunakan dalam ladang kelapa sawit atau dalam menangani perlindungan iklim.
Menerusi artikel itu Zuraida memetik pengasas NGO antarabangsa Grassroots, Andrew Ng dalam laporannya sebagai berkata:"Konflik baharu dan sedia ada berkaitan hak asasi manusia dan hutan dengan pemegang sijil RSPO menunjukkan bahawa walaupun dengan usaha Jawatankuasa Tetap Jaminan RSPO (ASC), tuntutan untuk minyak sawit mampan masih tidak dipenuhi.
Ruang untuk penambahbaikan
Menurut Agensi Penyiasatan Alam Sekitar UK itu, jelas bahawa terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam skim pensijilan seperti RSPO yang berusaha untuk menyemai keyakinan dalam pendirian mereka.
Perkara ini dapat dilihat lebih jelas dengan kedua-dua UK dan Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk memperkenalkan undang-undang baharu bagi menangani isu-isu berkaitan haram serta isu hak tanah dan penebangan hutan dalam rantaian bekalan
Malahan, laporan yang diguna oleh Parlimen EU juga menekankan bahawa skim pensijilan hanya boleh digunakan di samping usaha lain yang wajar dilakukan oleh syarikat kerana terdapat kebimbangan bahawa skim pensijilan sahaja tidak berkesan, kata Zuraida.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Menurut Zuraida kebolehpercayaan standard MSPO sering dipandang dingin dek kerana sikap pilih kasih blok ekonomi itu terhadap pensijilan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO). - Gambar fail/BERNAMA
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pertumbuhan pinjaman industri perbankan 5.4 peratus seiring jangkaan bagi tahun ini
Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan sebanyak 5.4 peratus setakat tahun ini, adalah sejajar dengan unjuran julat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus bagi 2024.
Penunjuk perasaan kampus bertembung di Chicago
Penunjuk perasaan Pro-Palestin dan pro-Israel Universiti DePaul di Chicago, Illinois mengadakan protes serentak pada Ahad sebagai tanda sokongan mereka kepada Israel dan Palestin dalam perang di Gaza.
Israel mulakan pemindahan penduduk Palestin di Gaza
Tentera Israel mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah kepada kawasan yang didakwanya sebagai 'zon kemanusiaan' pada Isnin
Latihan tentera: Simulasi pamer kekuatan, erat kerjasama AS- Filipina
Latihan tahunan itu melibatkan kira-kira 16,000 tentera Filipina dan Amerika sudah bermula bulan lalu, akan berlangsung sehingga 10 Mei.
Banjir: Penyelamat Brazil giat selamatkan penduduk terkandas
Ribuan penduduk terkandas di Rio Grande Do Sul tanpa makanan dan air bersih selepas banjir melanda dan mengorbankan sekurang-kurangnya 78 orang.
[KOLUMNIS] Perkasa kreativiti rakyat Malaysia, ayuh lawan cetak rompak digital - Altimet
Jenayah cetak rompak beri kesan amat buruk kepada industri hiburan dan media negara, dengan kerugian tahunan dilaporkan sekitar RM3 bilion dan RM500 juta dalam bentuk cukai.
Malaysia harap kerjasama ASEAN ke arah tampil kawal selia komunikasi dan multimedia lebih baik
Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain untuk berusaha ke arah mengawal selia industri komunikasi dan multimedia dengan lebih baik.
UNM, Astro AWANI anjur Sidang Meja Bulat Kewartawanan
Astro AWANI bersama-sama Universiti Nottingham Malaysia (UNM) mengumumkan penganjuran sidang meja bulat bertemakan “Kewartawanan dalam Zaman Gangguan AI", dengan kerjasama Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ).
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Minyak sawit harus dapat layanan adil, kata PM Anwar kepada Jerman
Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, Malaysia gesa Jerman ambil pendekatan inklusif dan adil berkaitan eksport komoditi itu ke Eropah.
KPK akan ambil tindakan terhadap produk mendiskriminasi minyak sawit Malaysia - Johari
KPK akan bekerjasama dengan KPDN untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengimport produk yang mendiskriminasi minyak sawit di negara ini.
Malaysia menang tuntutan kes diskriminasi minyak sawit Kesatuan Eropah
Malaysia memenangi kes tuntutan diskriminasi minyak sawit negara yang diperuntukkan dalam Akta Delegasi Kesatuan Eropah (EU).
MATRADE ketuai delegasi Malaysia ke Gulfood 2024 di Dubai
MATRADE akan mengetuai 80 syarikat Malaysia dan lima agensi kerajaan ke pameran Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dari 19 Feb hingga 23 Feb, 2024.
KPK ambil tindakan tegas pamer label diskriminasi minyak sawit
KPK memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.
Malaysia, Indonesia eratkan kerjasama ekonomi, tangani isu serantau
Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah mempergiatkan semula aktiviti perdagangan sempadan di Tebedu dan Entikong.