WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menyelar "sabitan tidak adil" terhadap pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi dan menggesa beliau dan pegawai-pegawai lain yang ditahan dibebaskan.
"Sabitan tidak adil rejim tentera Myanmar terhadap Aung San Suu Kyi dan penindasan ke atas pegawai lain yang dipilih dalam pilihan raya menghina demokrasi dan keadilan di Burma.
"Tindakan rejim itu terus tidak menghiraukan kedaulatan undang-undang dan penggunaan kekerasan yang meluas terhadap rakyat Myanmar menunjukkan perlunya demokrasi Myanmar dipulihkan dengan segera," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Setiausaha AS Antony Blinken.
Terdahulu pada Isnin, mahkamah tentera di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara empat tahun atas tuduhan melanggar sekatan COVID-19 dan menghasut ke atas Suu Kyi, pemenang Hadiah Nobel Keamanan,
BACA: Aung San Suu Kyi didapati bersalah, dipenjara 4 tahun
Blinken menggesa Myanmar membebaskan Suu Kyi dan "semua yang ditahan secara tidak adil, termasuk pegawai lain yang dipilih secara demokrasi".
"Kami mengulangi gesaan kami agar rejim terlibat dalam dialog yang konstruktif dengan semua pihak untuk mencari penyelesaian secara aman demi kepentingan rakyat, seperti dipersetujui dalam Konsensus Lima Perkara ASEAN," kata Blinken.
Pada 1 Feb, junta tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa selepas mendakwa wujud penipuan dalam pilihan raya umum November 2020 dan ketegangan politik di negara itu.
Tentera menahan pemimpin dan pegawai parti pemerintah Liga Demokrasi Kebangsaan, termasuk pemimpin de facto Aung San Suu Kyi, dan mengisytiharkan darurat selama setahun.
Menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP) di Myanmar, lebih 1,100 orang dibunuh dan lebih 9,000 penunjuk perasaan ditangkap akibat kekerasan junta tentera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Blinken menggesa Myanmar membebaskan Suu Kyi dan "semua yang ditahan secara tidak adil, termasuk pegawai lain yang dipilih secara demokrasi". - Foto fail/REUTERS
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Anak lelaki risau tahap kesihatan Aung San Suu Kyi di penjara
Kim Aris dakwa, ibunya dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah.
Pengampunan separa Suu Kyi tidak bermakna - Anak
Pengampunan separa oleh tentera junta Myanmar terhadap bekas pemimpin yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi tidak mempunyai sebarang makna.
Thailand sambut baik pengampunan Suu Kyi
Thailand berharap pemberian pengampunan itu akan membantu mewujudkan suasana kondusif untuk dialog politik di Myanmar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu.
UK umum sekatan baharu terhadap Myanmar, sasar pembekal peralatan tentera
United Kingdom pada Isnin mengumumkan sekatan baharu terhadap Myanmar, termasuk menyasarkan pembekal peralatan ketenteraan kepada junta.
Kerajaan tentera Myanmar nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai
Anggota kumpulan penentangan bersenjata mendakwa bahawa mayat mangsa ditemukan di pekarangan sebuah biara Buddha pada lewat Sabtu lalu.
Pilihan Raya Myanmar di tengah-tengah keganasan, Ketua PBB suarakan kebimbangan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin menyuarakan kebimbangan mengenai hasrat junta Myanmar untuk mengadakan pilihan raya di tengah-tengah keganasan.