Kecewa kerana gadis yang diminati menolak cintanya, seorang pelajar lelaki yang baru berusia 13 tahun bertindak nekad cuba terjun dari bumbung tingkat dua sekolahnya di Banting pada Selasa.
Pelajar tingkatan satu itu sempat meluahkan kekecewaanya pada sekeping nota sebelum mengambil keputusan cuba untuk membunuh diri kerana kecewa gadis idamannya memilih untuk rapat dengan pelajar lelaki lain.
Pihak Bomba mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sekitar pukul 1:12 tengah hari.
"Menurut komander operasi, setibanya jentera di lokasi didapati benar berlaku cubaan membunuh diri
oleh seorang pelajar sekolah dan mangsa telah berjaya dipujuk serta diselamatkan oleh pihak Agensi
Pertahanan Awam yang telah sampai terlebih dahulu.
"Mangsa dibawa ke Hospital Banting oleh Ambulans untuk tindakan lanjut," kata kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor.
Video pelajar tersebut berjalan di atas bumbung sekolah sebelum bergelut dengan pasukan penyelamat tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.30 petang mengatakan ada seorang pelajar cuba membunuh diri.
Sejurus menerima panggilan, polis bergegas ke lokasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat.
Murid itu berjaya diselamatkan setelah dipujuk hampir setengah jam.
"Pelajar ini hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah dibawa ke hospital Banting untuk rawatan.
"Siasatan mendapati pelajar ini mengaku cuba untuk bunuh diri kerana kecewa dengan seorang pelajar perempuan lain sebaya dengannya.
"Mangsa mengatakan telah berjumpa dengan pelajar perempuan terbabit semalam untuk meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak.
"Pelajar perempuan itu memberi alasan tidak meminati mangsa dan lebih menyukai seorang pelajar lelaki lain. Ekoran penolakan cinta, mangsa berasa putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri," katanya seperti dilapor Utusan Online.
Azizan berkata pelajar lelaki itu tidak mempunyai sebarang masalah disiplin dan guru mangsa juga menjelaskan dia pelajar yang baik tetapi terpengaruh dengan mainan perasaan.
"Mengikut keterangan gurunya mangsa tidak ada sebarang masalah disiplin di sekolah dan merupakan pelajar yang baik serta pendiam.
"Setakat ini, kita juga masih belum menerima sebarang laporan polis sama ada yang dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini," katanya.
Astro Awani
Tue Mar 12 2019

Kecewa kerana gadis yang diminati menolak cintanya, seorang pelajar lelaki yang baru berusia 13 tahun bertindak nekad cuba terjun dari bumbung tingkat dua sekolahnya. -Video viral

Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.

PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.

PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.

Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.

Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

Lelaki disaman, disiasat benarkan remaja pandu kereta
Tindakan diambil susulan gambar tular di media sosial yang memaparkan remaja itu memandu kereta dengan lelaki berkenaan duduk di bahagian penumpang.

Ibu terkejut anak 13 tahun lahirkan bayi
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita terbabit yang tersedar daripada tidur mendapati remaja berkenaan sedang membersihkan tubuh seorang bayi.

Lelaki mengaku bersalah rompak, laku amang seksual terhadap remaja 13 tahun
Seorang lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan merompak dan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tukang kayu dipenjara 15 tahun, 5 sebatan rogol anak kandung 13 tahun
Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Tukang kayu mengaku bersalah rogol anak kandung 13 tahun
Lelaki itu membuat pengakuan berkenaan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Kecewa cinta ditolak, murid cuba terjun dari bumbung sekolah
Pelajar tingkatan satu itu sempat meluahkan kekecewaanya pada sekeping nota sebelum mengambil keputusan cuba untuk membunuh diri.