awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah sasar hasilkan varieti benih padi sendiri - Exco

Bernama
Bernama
16/03/2025
04:45 MYT
Kedah sasar hasilkan varieti benih padi sendiri - Exco
Tanah kerajaan negeri seluas 20.2 hektar di Pendang telah dijadikan tapak kajian untuk menjalankan ujian terhadap varieti padi yang berpotensi. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Kedah berhasrat menjadi pengeluar varieti benih padi sendiri bagi meningkatkan hasil pengeluaran, sekali gus menambah pendapatan golongan petani.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri Dzowahir Ab Ghani berkata inisiatif itu turut diharapkan dapat memastikan pesawah tidak lagi dibelenggu isu kartel serta mutu bekalan benih yang tidak berkualiti.
Menurutnya, bagi tujuan tersebut, tanah kerajaan negeri seluas 20.2 hektar di Pendang telah dijadikan tapak kajian untuk menjalankan ujian terhadap varieti padi yang berpotensi.
"Kita akan cuba menanam varieti padi yang sesuai pada musim akan datang untuk dijadikan benih terbaik bagi Kedah. Sebenarnya, kita sudah mencuba sebelum ini, tetapi akibat banjir, percubaan tersebut tidak berjaya musim ini.
"Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu petani kerana rata-rata pesawah hanya memperoleh purata pendapatan kurang daripada RM500 sebulan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Persatuan Burung Walit Negeri Kedah di sini, malam tadi.
Dzowahir berkata dalam usaha tersebut, kerajaan negeri mendapat kerjasama daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Agensi Nuklear Malaysia.
Sementara itu, beliau turut menegaskan komitmen Kedah dalam membantu pengusaha sarang burung walit untuk meningkatkan produktiviti mereka.
Menurutnya, keterlibatan kerajaan negeri dalam industri tersebut penting bagi memastikan ia terus berdaya tahan serta mampu memenuhi permintaan negara pengimport utama, iaitu China, Taiwan dan Singapura.
"Kita akan berbincang dengan pihak persatuan untuk mengadakan lawatan ke luar negara bagi mempromosikan hasil burung walit Kedah. Pada masa sama, kerajaan negeri mungkin boleh menyediakan bantuan sewajarnya bagi meningkatkan pengeluaran.
"Potensi pasaran terbesar adalah di China, yang merupakan pengimport utama setakat ini. Dalam perniagaan, kita tidak boleh berlengah kerana setiap masa amat bernilai," katanya.
Beliau berkata setakat ini, seramai 106 pengusaha sarang burung walit telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#varieti benih padi
#hasil pengeluaran
#Dzowahir Ab Ghani
#isu kartel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan