awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah tetap berusaha dapatkan kebenaran untuk eksport ketum - MB

Bernama
Bernama
17/03/2022
14:58 MYT
Kedah tetap berusaha dapatkan kebenaran untuk eksport ketum - MB
Muhammad Sanusi berkata, BPEN melakukan libat urus dengan semua agensi berkaitan bagi mendapatkan pandangan untuk dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan dan terpulang kepada kerajaan untuk membuat keputusan. - Gambar/ Bernama
ALOR SETAR: Kedah tetap akan berusaha mendapatkan kebenaran kerajaan Persekutuan agar negeri itu boleh mengeksport daun ketum ke luar negara khususnya Thailand, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata kerajaan negeri telah meminta Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) melakukan libat urus dengan semua agensi berkaitan bagi mendapatkan pandangan untuk dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan dan terpulang kepada kerajaan untuk membuat keputusan.
"Saya buat permohonan itu selepas mendengar taklimat agensi-agensi penguat kuasa seperti polis, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan lain-lain dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Keselamatan Negeri.
"Isu-isu penyeludupan (daun ketum) boleh diatasi jika ada garis panduan khas yang membolehkan ia (daun ketum) dieksport secara sah. Kegiatan menyeludup berleluasa di sepanjang sempadan negeri ini dan Thailand kerana daun itu mendapat permintaan tinggi di negara jiran," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketum | KDN tidak membenar eksport daun ketum
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini yang menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan eksport daun ketum kerana ia bertentangan dengan Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini.
Muhammad Sanusi berkata eksport daun ketum mungkin wajar disekat sebelum ini memandangkan ia dijadikan bahan pengganti bagi penagihan ganja dan dadah namun kemajuan teknologi kini telah menemukan manfaat daun itu yang boleh menghasilkan produk kesihatan dan perubatan.
"Ada ratusan hektar tanah, mungkin ribuan telah pun ditanam tumbuhan itu di Kedah sahaja dan ia dipasarkan melalui cara salah (ketika ini) dan merugikan kerajaan," katanya.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata kerajaan telah menggunakan sumber kewangan dan bilangan kakitangan awam yang besar untuk menghalang penyeludupan daun ketum di sempadan negara sedangkan ia boleh di atasi dengan membenarkan daun ketum dieksport.
Beliau juga berkata KDN seharusnya memberi tumpuan terhadap aktiviti penyalahgunaan daun ketum sebagai minuman yang menjejas kesihatan yang berleluasa di negara ini.
"Kerajaan pusat wajar membuat pertimbangan bijak. KDN boleh dapatkan laporan lengkap daripada agensi-agensi di bawahnya untuk pengesahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketum
#Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#KDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan