awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai gunting rambut warga asing patuhi SOP

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/06/2020
05:36 MYT
Kedai gunting rambut warga asing patuhi SOP
Dua pekerja kedai gunting rambut melakukan proses sanitasi selepas mengguntin rambut pelanggan. - Gambar Astro AWANI
Kedai gunting rambut yang mempunyai pekerja warga asing dan tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP) bakal berhadapan tindakan tegas termasuk premis diarah tutup serta-merta.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, setiap kali selesai menggunting rambut, setiap pekerja terbabit perlu membersihkan peralatan yang digunakan dengan melakukan sanitasi.
Katanya, tukang gunting hanya dibenarkan gunting rambut sahaja manakala khidmat mengurut bahu dan sebagainya tidak dibenarkan.
Jelasnya, dalam Ops Pemantau COVID hari ini, lebih 10 premis mengunting rambut warga asing diperiksa dalam mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dalam operasi berkenaan, pemeriksaan polis mendapati kesemua premis itu mematuhi SOP yang ditetapkan seperti melakukan penjarakan sosial ketika menggunting rambut pelanggan.
Selain itu, hasil pemeriksaan juga mendapati, kesemua warga asing terbabit melakukan saringan kesihatan di hospital dengan mengemukakan surat yang disahkan oleh doktor.
Operasi bermula jam 10 pagi itu dilakukan di semua premis yang menggunakan khidmat tukang gunting warga asing.

Mohd Redzuan berkata, sepanjang PKPP sebanyak 16 pasukan pemantau ditugaskan setiap hari untuk memastikan kedai gunting rambut mematuhi arahan ditetapkan.

Menurut beliau, operasi Ops Pemantau COVID turut disertai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ekoran tidak mampu menanggung kos operasi ketika PKP, terdapat sejumlah kedai gunting rambut di bandaraya ini yang terpaksa menutup premis mereka. Dalam masa sama, Mohd Redzuan berkata, polis akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan kedai gunting rambut mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Topic Berkaitan
#Alor Setar
#COVID19
#Kedah
#kedai gunting rambut
#patuhi SOP
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan