Ideanya pernah digelar bodoh dan gila kerana hasrat mahu membuka kedai makan dan penginapan di tepi sawah di Sekinchan, Selangor.
Namun, tohmahan itu tidak melemahkan semangat Zung Ninja yang kini boleh berbangga dengan kemajuan perusahaannya itu yang mula mendapat tempat di hati pelancong dalam dan luar negara.
Jurugambar yang telah merantau di 85 buah negara itu mempunyai objektif besar iaitu menjadikan Sekinchan kawasan pelancongan berkelas dunia dan yakin ia mampu direalisasikan.
Idea pembukaan kedai makan dan penginapan di tepi sawah bermula apabila dia tidak dibenarkan keluar negara selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya seorang jurugambar antarabangsa, setiap tahun enam bulan saya berada di luar negara jadi saya dah lihat banyak tempat di luar negara yang cantik dan indah.
“Apabila PKP dikuatkuasakan saya tidak boleh keluar negara, saya balik kampung rumah ibu bapa saya di Sekinchan dan saya lihat pemandangannya cantik, pantainya indah serta makanan lautnya enak sekali.
“Jadi saya mendapat idea menggunakan pengalaman saya bekerja di luar negara dan menggabungkan elemen pemandangan dan keenakan makanan laut di Sekinchan saya nak bantu rakyat di kampung saya dan juga pelancongan di negara tercinta ini,” katanya kepada Astro AWANI dalam Segmen Realiti Rakyat di Program Awani Pagi, pada Selasa.
Bermodalkan RM1,000, Zung Ninja akhirnya membuka kedai makan di tepi sawah berlatar belakangkan keindahan sawah padi sambil menikmati keenakan makanan laut yang sememangnya terkenal di Sekinchan.
Walaupun Ninja Private Kitchen baru dibuka selama tiga minggu, namun Zung Ninja menyatakan dia mendapat tempahan ramai daripada pelancongan tempatan dan luar negara malah kedai makannya itu mendapat perhatian golongan VIP seperti selebriti dan orang kenamaan.
Afiezy Azaman
Tue Jun 16 2020

Idea pembukaan kedai makan dan penginapan di tepi sawah bermula apabila dia tidak dibenarkan keluar negara selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

Polis Pulau Pinang utamakan terima laporan bukan pakaian pengadu
Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukan pakaian pengadu.
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy
Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia.

Lebih 30,000 kes penipuan dalam talian babit kerugian RM1.3 bilion - Pengarah JSJK
PDRM menerima sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 bilion.

Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil
Penyokong TFC meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Jalinan usaha antara Malaysia dan IIFA perlu diteruskan - PM Anwar
Anwar mahu jalinan usaha yang konsisten dan dinamik antara Malaysia, menerusi Jakim dan IIFA di peringkat antarabangsa, diteruskan.

Jual nasi lemak RM1 demi anak hidap sindrom Down, paru-paru kronik
Sepasang suami isteri sanggup berpanas dan hujan semata-mata mahu menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi membiayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang menghidap sindrom Down.

COVID-19: Amalkan kawalan kendiri - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menasihatkan rakyat supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri sebagai langkah pencegahan COVID-19.

Hasrat Che Ta rai ulang tahun perkahwinan terbantut akibat COVID-19
Ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.

COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Doktor klinik swasta mengaku tidak bersalah keluar sijil vaksinasi COVID-19 palsu
Seorang doktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas 10 pertuduhan mengeluarkan sijil suntikan vaksinasi palsu di kliniknya di sini, dua tahun lepas.

Flu, jangkitan COVID-19 semakin meningkat di AS
Ketibaan pesakit yang didiagnosis sebagai COVID-19 ke jabatan kecemasan meningkat lebih daripada 10 peratus dalam minggu terkini berbanding minggu sebelumnya.

Tingkat keupayaan perubatan di pintu masuk negara
Penyediaan makmal perubatan di pintu masuk negara dilihat membantu ujian pengesanan penyakit tersebut dijalankan dengan cepat.

Rakaman nota suara dakwa katil hospital penuh, kematian BID meningkat ditular semula
KKM memaklumkan rakaman itu disebarkan secara berleluasa menerusi aplikasi WhatsApp untuk menimbulkan keresahan awam.

COVID-19: Wujud trend peningkatan kes dalam negara sejak November 2023
Menurut data rasmi daripada laman sesawang KKMNOW, negara catat aliran peningkatan kes pada kadar 10 peratus.

Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.

'Buat ujian saringan kepada pelancong China'
Ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di China.