Jumlah kehadiran pelancong di enam lokasi utama tarikan pelancong di Pahang dilaporkan meningkat dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata peningkatan tersebut berikutan kempen berterusan dan agresif untuk menarik kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017.
"Di Genting Highlands sendiri jumlah kehadiran pelancong yang direkodkan meningkat empat peratus iaitu daripada 1.79 juta pelancong dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sahaja berbanding 1.71 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, " katanya.
Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini bagi menjawab soalan Datuk Fong Koong Fuee (BN-Cheka) mengenai sambutan pelancong terhadap program TMP 2017.
Katanya dalam tempoh sama, lima lagi lokasi iaitu Kuantan mencatatkan kehadiran pelancong seramai 337,420 pada tahun ini berbanding 305,774 pada tahun lepas, Cherating (37,443 pelancong tahun ini berbanding 35,187 pelancong tahun lepas) dan Pulau Tioman (14,926 pelancong tahun ini berbanding 13,725 pelancong tahun lepas).
Bukit Fraser pula merekodkan kehadiran pelancong seramai 26,449 orang tahun ini berbanding 19,188 pada tahun lepas dan Taman Negara pula 13,193 pelancong berbanding 11,234 pelancong pada tahun lepas.
Bersempena TMP 2017 ini juga Mohd Sharkar berkata kerajaan negeri turut agresif mempromosikan lokasi yang sebelum ini sememangnya dikenali pelancong seperti Cherating dengan memberi wajah baharu termasuk menambah baik kemudahan sedia ada.
"Cherating sememangnya terkenal sebagai destinasi pelancong sejak akhir 1970-an hingga 1980-an kerana keunikan produk yang tersendiri. Sekarang Cherating telah memasuki era baharu apabila taraf hidup rakyat menjadi lebih baik dan selesa dengan beberapa motel dan hotel baharu didirikan," katanya menjawab soalan tambahan Andansura Rabu (PAS-Beserah) .
Kerajaan negeri, katanya, sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan untuk menambah baik kawasan pelancongan sebagai usaha untuk menjadikannya kawasan peranginan yang setanding dengan Gold Coast di Australia pada suatu hari nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2017
Penari kebudayaan membuat persembahan pada Pengisytiharan Tahun Melawat Pahang 2017 yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 20 Jan 2017. -Gambar fail
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel
Tidak mempunyai rumah, kata Will.i.am lagi, adalah pilihan yang dibuat kerana berasa dirinya belum belum benar-benar sukses atau berjaya.
Kos meningkat, penggiat industri hotel mahu kerajaan tangani kadar caj rendah
Shaharuddin berkata ini juga berikutan kadar caj bilik hotel di Malaysia juga jauh lebih rendah berbanding negara jiran.
Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.
Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.
Majoriti hotel di Port Dickson belum buat sambungan ke sistem pembetungan awam
Pemeriksaan mendapati hanya 11 hotel membuat sambungan kepada sistem pembetungan awam berkenaan.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.
Kes ESSCOM: Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari sama dia dibunuh
Pengurus hotel mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.
Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.