Seorang kedi golf didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak saudara teman wanitanya minggu lalu.

Tertuduh, Zakarian Kamarudin, 41, didakwa membunuh Mohamad Adam Haikal Dasril Abdullah, 7, disebuah unit rumah pangsa Taman Kosas, Ampang antara 10 malam 2 Ogos sehingga 6 pagi 3 Ogos lepas.

Kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Zakaria yang berasal dari Taman Kosas mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

BACA: Jiran nafi dengar bunyi tangisan, jeritan


Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, yang hadir ke mahkamah memakai baju biru dan seluar perang.

Mahkamah menetapkan 10 September ini untuk sebutan laporan forensik, patalogi serta laporan lain bagi kes itu.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Israkh Saad.

Zakaria sebelum ini direman seminggu sejak Selasa selepas ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak malang itu.

Mohamad Adam Haikal Dasril Abdullah, murid Tahun Satu Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Kosas itu disytiharkan meninggal dunia pada Isnin lalu.