awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan Annuar dalam Umno setakat ini tidak berubah - PM Najib

Bernama
Bernama
01/02/2017
11:58 MYT
Kedudukan Annuar dalam Umno setakat ini tidak berubah - PM Najib
Perdana menteri berkata peluang harus diberikan kepada anggota Parlimen Ketereh, Kelantan itu (gambar) untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berkaitan salah guna kuasa. - Gambar fail
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai ketua penerangan parti itu setakat ini tidak berubah.
Perdana menteri berkata peluang harus diberikan kepada anggota Parlimen Ketereh, Kelantan itu untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berkaitan salah guna kuasa berkaitan penajaan agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pasukan bola sepak Kelantan.
"Beliau sanggup disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi diri beliau peluang untuk bersihkan nama daripada sebarang tuduhan.
"Biarlah proses (siasatan) ini berjalan dan kita tidak boleh buat apa-apa tafsiran dan anggapan sehingga proses ini selesai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kedudukan Annuar dalam UMNO susulan disiasat SPRM, selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Paloh Hinai di sini, hari ini.
Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut bertanya khabar kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat itu sejak Isnin lepas. Terdapat 74 mangsa banjir daripada 19 keluarga ditempatkan di situ.
MARA semalam menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan sebulat suara berhubung penggantungan tugas Annuar itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anggota Majlis MARA Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi tersebut di sini.
Penggantungan itu dibuat bagi membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.
Berikutan penggantungan itu, kedudukan Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan anggota dan kepimpinan parti itu.
SPRM semalam mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Annuar. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Majlis Amanah Rakyat
#MARA
#Najib Tun Razak
#Presiden UMNO
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan