PETALING JAYA: Sebarang keputusan melibatkan kedudukan Datuk Hans Isaac sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hanya boleh ditentukan lembaga pengarah perbadanan itu biarpun bekas pelakon itu dihujani kritikan susulan isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Hans dilantik sebagai Pengerusi PSM sejak Jun lepas dan kontraknya dijangka tamat pada tahun depan.
“Hans Isaac telah dilantik (Pengerusi PSM) untuk tempoh dua tahun, saya percaya dalam PSM segala keputusan dibuat bersama lembaga pengarah (PSM),” katanya ketika ditemui pada majlis dialog dan ramah mesra bersama pengamal media di sini semalam.
Baru-baru ini, netizen terutamanya peminat bola sepak tempatan mengkritik kepimpinan Hans sebagai Pengerusi PSM sehinggakan ada yang meminta beliau meletak jawatan apabila padang SNBJ dilihat kurang memuaskan menjelang aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman, yang akhirnya memihak pasukan lawan dengan keputusan 2-0 malam tadi.
Hannah dalam satu ciapan menerusi laman X pada Isnin menjelaskan padang SNBJ boleh digunakan setelah mendapat kelulusan Komisioner Perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) walaupun kedua-dua pasukan tidak dibenarkan menjalani latihan rasmi berikutan keadaan cuaca yang sering hujan di sebelah petang dan malam sejak kebelakangan ini.
Dalam pada itu, Hannah memaklumkan PSM sedang mencari ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu perbadanan berkenaan selepas kontrak Mohd Faidz Sanusi tamat baru-baru ini.
“Jawatan CEO PSM masih terbuka, sesiapa yang berminat serta tahan lasak boleh memohon dan hantar resume kerana ia jawatan hot seat (kerusi panas),” katanya.
Sementara itu, Hannah berkata Jawatankuasa Road to Gold (RTG) sedang bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) dalam melakukan saringan jantung kepada atlet di bawah program berkenaan yang menyertai Sukan Olimpik 2024 di Paris.
RTG yang diwujudkan tahun lepas merupakan projek nasional bagi memburu kilauan pingat emas sulung negara di Sukan Olimpik 2024 serta edisi 2028 di Los Angeles.
Ditanya sama ada Malaysia berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2038, Hannah sebaliknya berkata tumpuan utama Kementerian Belia dan Sukan ketika ini adalah untuk melabur dalam ekosistem sukan termasuk pembangunan bakat di peringkat akar umbi.
“Tiada guna kalau kita jadi tuan rumah tetapi atlet kita tidak menang apa-apa… lebih baik 'pam’ duit dalam pembangunan bakat,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Mohd Sadek Mustafa mengesyorkan Malaysia boleh mempertimbangkan menjadi hos Sukan Asia 2038 sekiranya masih berhasrat menganjurkan temasya sukan bertaraf tinggi selepas menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menganjurkan Sukan Komanwel 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Kepimpinan Hans sebagai Pengerusi PSM dikritik susulan padang SNBJ dilihat kurang memuaskan menjelang aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman malam tadi. - Gambar fail
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
Malaysia negara ASEAN pertama bangunkan Akaun Satelit Sukan - Hannah
Ia antara lain bertujuan menyediakan statistik dan set data melibatkan industri sukan yang komprehensif, menyeluruh dan holistik.
MSN teliti permohonan ganjaran skuad sepak takraw kebangsaan - Hannah
MSN sedang meneliti permohonan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berhubung ganjaran untuk skuad kebangsaan yang meraih kejayaan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Tiada kes melibatkan suami Hannah Yeoh - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah meneliti dan memeriksa hal berkaitan pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada Ramachandran, iaitu suami kepada Hannah Yeoh.
Kontrak suami Hannah Yeoh: ‘Pihak bertanggungjawab perlu telus’ - PM Anwar
Anwar menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan isu pemberian kontrak DRT oleh Kerajaan Selangor.