awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Malaysia terus berhubung dengan rakyat Malaysia di Wuhan

Bernama
Bernama
26/01/2020
15:18 MYT
Kedutaan Malaysia terus berhubung dengan rakyat Malaysia di Wuhan
Rakyat Malaysia yang berada di China, khususnya di Wuhan dinasihat agar menghubungi pejabat kedutaan atau konsulat berhampiran bagi membolehkan kerajaan memantau keadaan mereka.
Kedutaan Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral di Xi'an, China, sentiasa berhubung dengan 49 rakyat Malaysia di Wuhan bagi mendapatkan perkembangan mereka susulan wabak 2019 Novel Koronavirus di Wuhan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, setakat ini tiada keperluan untuk membawa kesemua mereka pulang ke negara ini.
"....buat masa ini kita bergantung kepada tahap kritikal keadaan, jadi buat masa ini belum ada cadangan (membawa pulang) rakyat Malaysia," katanya pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan kluster 2019 novel koronavirus (2019 nCoV) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini pada Ahad.
Beliau turut meminta rakyat Malaysia yang berada di China, khususnya di Wuhan agar menghubungi pejabat kedutaan atau konsulat berhampiran bagi membolehkan kerajaan memantau keadaan mereka di negara itu.
"Kita juga nak nasihatkan rakyat Malaysia yang balik dari China sekiranya rasa tidak sihat dan sebagainya supaya mendapatkan rawatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata buat masa ini, koronavirus tersebut dikategorikan sebagai jangkitan kluster di Malaysia kerana hanya membabitkan sekelompok kecil pelancong dari China.
"Buat masa ini, kes tersebut hanya membabitkan rakyat China dan tiada jangkitan dalam kalangan penduduk Malaysia.
"Status di Malaysia dikategorikan sebagai kluster, masih belum menjadi wabak kerana wabak bermaksud penyakit itu berada di mana-mana seperti di Wuhan," katanya.
Mengenai prosedur pengesanan virus terhadap pelancong China, beliau berkata jika individu itu mempunyai simptom dan didapati positif virus tersebut mereka akan terus dirawat di hospital.
"Namun jika mereka positif tetapi tiada simptom kita akan letakkan mereka di bawah pemantauan selama dua minggu untuk tindakan seterusnya.
"Ini yang akan kita bincangkan dengan pihak kedutaan China untuk mendapatkan tempat bagi menempatkan mereka untuk tindakan pemantauan sepanjang tempoh tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beijing
#Kedutaan Malaysia
#Kementerian Luar
#koronavirus
#Malaysia
#rakyat Malaysia
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan