Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Kedutaan Rusia ucap takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Sumber: Astro AWANI
Menurut kenyataan itu, Tun Dr Siti Hasmah turut dikagumi ramai kerana sifat belas ihsan, rendah hati, keanggunan dan komitmennya terhadap kesejahteraan masyarakat. -Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kedutaan Persekutuan Rusia di Malaysia menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang disifatkan sebagai tokoh dihormati dan banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.

Dalam satu kenyataan, kedutaan itu berkata Allahyarham mendedikasikan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, selain dikenali sebagai seorang doktor yang cemerlang serta tokoh awam yang disegani.

Menurut kenyataan itu, Tun Dr Siti Hasmah turut dikagumi ramai kerana sifat belas ihsan, rendah hati, keanggunan dan komitmennya terhadap kesejahteraan masyarakat.

"Tun Dr Siti Hasmah merupakan seorang rakyat Malaysia yang sangat dihormati dan mengabdikan hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

"Sebagai seorang doktor yang tersohor dan tokoh awam yang menonjol, beliau dikagumi kerana sifat belas ihsan, kerendahan hati, keanggunan serta dedikasinya terhadap kesejahteraan orang lain.

"Kami yakin kenangan terhadap Tun Dr Siti Hasmah, kehidupan beliau yang penuh dengan khidmat bakti serta sumbangannya kepada Malaysia akan terus dihargai dan dikenang selama-lamanya," katanya.

Kedutaan Rusia turut merakamkan simpati dan ucapan takziah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai Allahyarham.

Mereka turut mendoakan agar keluarga Allahyarh diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

Must Watch Video

Advertisement