Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini mengesahkan dua rakyat Malaysia yang dilaporkan "hilang" di Jakarta sejak 30 Mac lepas kini berada dalam tahanan polis di sini.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata Mohamad Shafa Ahmad dan Kamarol Ariffin Mohamad Darus dapat dikesan setelah Atase Polis DiRaja Malaysia dan Atase Imigresen di Kedutaan Besar Malaysia menjalankan siasatan mengenai "kehilangan" mereka.
Katanya, bagaimanapun pihak kedutaan masih belum menerima notis pemakluman secara rasmi dari pihak berkuasa Indonesia mengenai penahanan mereka berdua.
"Kita telah menghantar satu pasukan untuk bertemu dengan pihak berkuasa Indonesia dan kita masih menunggu laporan lanjut dari Polis Indonesia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, kes penahanan kedua-dua mereka akan melalui proses undang-undang di Indonesia dan pihak kedutaan akan memberi bantuan konsular manakala keluarga mereka pula berhak mendapat bantuan guaman.
Zahrain mengingatkan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Indonesia supaya menghormati undang-undang negara itu serta tidak membawa masuk apa sahaja barang yang dilarang terutama dadah.
Bernama difahamkan pihak berkuasa Indonesia tidak memaklumkan penangkapan dua rakyat Malaysia itu walaupun telah menahan mereka selama 10 hari manakala Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan mereka.
Artikel 36 Konvensyen Vienna menyebut bahawa pihak berkuasa mana-mana negara yang menahan rakyat asing hendaklah "tanpa lengah" memberi notis pemakluman mengenai penangkapan itu kepada pihak kedutaan atau konsulat negara terbabit.
Mohamad Shafa, 29, dan Kamarol Arifin, 27, masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang, dilaporkan hilang oleh keluarga mereka.
Mereka hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Dua sahabat baik itu berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor dikatakan mengunjungi ibu kota ini untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo di sini.
Waris kedua-dua lelaki berkenaan melaporkan mengenai kehilangan itu setelah mereka tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta dan juga tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah.
Abang ipar kepada kepada Mohamad Shafa, Mohamad Hafizul Razali berada di Jakarta bagi mencari mereka berdua.
Bagaimanapun misteri kehilangan mereka didedahkan oleh seorang ahli perniagaan Malaysia di Indonesia Datuk Dr Fauzi Mohamad pagi tadi.
Fauzi menyatakan beliau dan isterinya Datin Zaitun Evitania telah beberapa kali berkunjung dan bertemu dengan kedua-dua lelaki terbabit di balai polis Seksyen Lapangan Terbang di sini.
Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa penahanan kedua-dua lelaki itu bagi membantu siasatan kes dadah Malaysia dan beliau sedang berusaha mendapatkan khidmat guaman untuk mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
Kakak kepada dua mangsa yang hilang di Indonesia, Junaina Mohamad Darus, 33, (kanan) dan Darwina Ahmad, 32, menunjukkan gambar adiknya Kamarol Arifin (kanan) dan Mohd Shafa yang dilaporkan hilang di Jakarta. -Bernama
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
Majlis angkat sumpah Prabowo sebagai Presiden Indonesia ke-8 Ahad ini
Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka masing-masing akan mengangkat sumpah jawatan Presiden dan Naib Presiden Indonesia.
'Nike Ardilla' tampil di Synchronize Fest 2024, buatkan penonton terbuai dengan nostalgia
Nike Ardilla beri persembahan secara Metahuman, menghadirkan memori yang cukup indah buat pengunjung festival musik itu.
Tular pemimpin tertinggi Katolik kucup tangan Imam Besar Jakarta
Paus Fransiskus bertemu Nasaruddin dalam satu acara dialog bersama tokoh-tokoh agama sempena kunjungannya ke Indonesia.
Pusat Kajian Asia Tengah pertama dibuka di Indonesia
Pusat ini akan memberi tumpuan kepada mengkaji proses potensi, sosiopolitik dan sosioekonomi di Kazakhstan dan negara Asia Tengah yang lain.
Lawatan Pope ke Jakarta: Tiga MoU ditandatangani perkukuh agenda persaudaraan manusia sejagat
Pope Francis tiba di Jakarta pada Selasa untuk lawatan tiga hari di Indonesia yang disifatkan sebagai permulaan kepada siri lawatan paling panjang dan jauh pernah dilakukannya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
88 kes mpox dikesan di Indonesia
Taburan kes termasuk 59 di Jakarta, 13 di Jawa Barat, sembilan di Banten, masing-masing tiga di Jawa Timur dan Yogyakarta dan satu di Kepulauan Riau.