awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedutaan Turkiye anjur iftar untuk pasukan penyelamat M'sia terlibat dalam usaha pasca gempa

Bernama
Bernama
17/04/2023
15:52 MYT
Kedutaan Turkiye anjur iftar untuk pasukan penyelamat M'sia terlibat dalam usaha pasca gempa
Majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dihadiri lebih 160 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pasukan Operasi Starlight II. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kedutaan Turkiye di Kuala Lumpur dengan kerjasama Agensi Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa Turkiye (TIKA) pada Isnin menganjurkan majlis berbuka puasa untuk pasukan penyelamat Malaysia yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat pasca gempa bumi (SAR) di Turkiye.
Majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini dihadiri lebih 160 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pasukan Operasi Starlight II.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Hal Ehwal Sarawak dan Fungsi Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus.
Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel melahirkan rasa berterima kasih kepada Malaysia dan rakyatnya yang bersolidariti dengan Turkiye, mendoakan rakyatnya dan menderma.
"Bencana yang dahsyat ini membuktikan bahawa Turkiye mempunyai sahabat seperti Malaysia yang segera menggerakkan bantuan meski dari beribu batu jauhnya," katanya.
Malaysia adalah antara negara terawal membantu Turkiye dalam usaha SAR selepas dua gempa bumi yang melanda pada 6 Feb, mengorbankan lebih 50,000 orang seterusnya mendorong perpaduan antarabangsa.
Gempa berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 11 wilayah - Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye, dan Sanliurfa.
Kira-kira 14 juta orang di Turkiye terjejas akibat bencana alam itu serta ramai lagi di utara Syria.
-- BERNAMA
Dapatkan berita dan informasi terkini berkaitan gempa di Turkiye dan Syria di sini
Topic Berkaitan
#Kedutaan Turkiye
#majlis berbuka puasa
#pasukan penyelamat Malaysia
#gempa turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan