awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegagalan pendawaian elektrik dipercayai punca kebakaran maut di pusat karaoke

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/04/2022
23:20 MYT
Kegagalan pendawaian elektrik dipercayai punca kebakaran maut di pusat karaoke
Sayani mengagihkan bubur lambuk kepada anggota dan orang awam di Ibu Pejabat JBPM Kedah. - Astro AWANI
ALOR SETAR: Kegagalan penyelenggaraan sistem pendawaian elektrik dengan baik punca awal dikenal pasti Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) dalam kejadian kebakaran pusat hiburan karaoke yang mengakibatkan tiga pengunjung maut di Jalan Putra, Mergong, Jumaat lalu.
Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon berkata, keputusan itu diperoleh hasil siasatan Unit Forensik Bomba di dalam premis terbabit.
Beliau berkata, pihaknya telah mengambil beberapa sampel debris dan pendingin hawa di lokasi kejadian dan dihantar ke makmal Forensik kebakaran JBPM di Pulau Pinang untuk dianalisis.
"Daripada siasatan awal, ada kemungkinan kegagalan pendawaian elektrik kerana pusat karaoke biasanya dilengkapi dengan perkakasan yang memerlukan penggunaan kadar elektrik yang banyak," kata Sayani.
Sayani ditemui media ketika mengagihkan bubur lambuk kepada anggota dan orang awam di Ibu Pejabat JBPM Kedah, pada Selasa.
Dalam kejadian Jumaat lalu, tiga pengunjung pusat karaoke maut selepas terperangkap di dalam bilik dan lemas setelah terhidu asap tebal.
Lapan pengunjung lain bagaimanapun terselamat selepas berjaya berlari keluar dari premis itu.
Sementara itu, beliau memaklumkan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri JBPM Kedah menempatkan pasukan bersama jentera Bomba beserta Ambulans EMRS di Plaza Tol Gurun bermula 27 April hingga 8 Mei.
Pasukan yang dibahagikan kepada tiga kumpulan ini akan bertugas 24 bagi menghadapi insiden kemalangan jalan raya dan kebakaran.
Topic Berkaitan
#pusat karaoke
#pendawaian elektrik
#Kegagalan penyelenggaraan
#Sayani Saidon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan