LAHAD DATU: Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu yang membawa kepada pertempuran di Kampung Tanduo.
Biarpun telah lama berlalu, namun tragedi berdarah 1 Mac yang mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut, masih segar dalam ingatan penduduk menjadikan penduduk kampung kadangkala risau untuk keluar rumah terutama pada waktu malam.
Bagaimanapun kehadiran pasukan keselamatan daripada Eastern Sabah Security Command (ESSCom) yang sentiasa membuat rondaan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) memberi keyakinan keselamatan dan perlahan-lahan merawat trauma yang dialami oleh kalangan penduduk di Lahad Datu.
Seorang peniaga Mariam Razak, 56, dari Kampung Long Danau di sini berkata pasukan keselamatan bukan sahaja meronda bagi menjaga keselamatan malah menjalin hubungan erat dengan penduduk kampung dalam usaha mengekalkan keamanan di kawasan itu.
Beliau berkata dengan kehadiran pihak berkuasa yang sentiasa menjaga keselamatan perairan, penduduk juga lebih yakin untuk keluar mencari rezeki terutama dalam kalangan nelayan.
"Kampung ini berdekatan dengan sungai yang menjadi laluan penduduk kampung menangkap ikan. Kita bersyukur pasukan keselamatan sentiasa memantau keselamatan kampung.
"Kami amat berharap agar kehadiran pasukan keselamatan ini berterusan untuk menjamin keselamatan penduduk kampung dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Seorang lagi peniaga Hasmah Baji, 49, berkata beberapa bulan selepas tragedi Tanduo dia mengalami trauma yang teruk sehingga tidak mampu untuk mendengar mahupun membaca sebarang berita berkenaan peristiwa itu.
"Tragedi Tanduo bagi saya sangat dahsyat, namun kita berasa bersyukur kerana pihak kerajaan ketika itu cepat bertindak. Syukur sekarang sudah aman dan penduduk boleh menjalankan aktiviti seperti biasa dengan kehadiran pasukan keselamatan ESSCOM," katanya.
ESSCOM, katanya bukan hanya menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan tetapi turut bekerjasama dengan penduduk kampung dengan mengadakan pelbagai aktiviti secara bersama bagi mengeratkan hubungan dua pihak.
"Kerjasama antara pasukan keselamatan dan penduduk kampung sememangnya perlu kerana secara tidak langsung menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan," katanya.
Abd Hamid Abd Rasid, 60, yang juga seorang peniaga berkata walaupun keadaan bandar Lahad Datu sunyi pada waktu malam, namun dia tidak risau kerana yakin dengan kecekapan pihak berkuasa.
Menurutnya kehadiran pelancong bukan sahaja dari dalam negara, malah pelancong antarabangsa juga meningkat ke kawasan itu, memberikan semangat kepada penduduk untuk memanjangkan waktu beroperasi sekali gus menambahkan lagi rezeki peniaga.
Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan kerana masih berterusan menempatkan ESSCOM di Lahad Datu yang bukan sahaja menjamin kesejahteraan penduduk tetapi juga keselamatan pelancong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Kehadiran pasukan keselamatan daripada ESSCom yang sentiasa membuat rondaan di ESS Zone memberi keyakinan keselamatan kepada penduduk sekitar. - Gambar/ Bernama
Tentera Israel 'banjiri' utara, selatan Gaza tingkatkan serangan
Ratusan ribu orang kini terpaksa melarikan diri, walaupun kira-kira separuh daripada penduduk Gaza dijanjikan perlindungan di situ selepas Israel mengarahkan pemindahan dari utara Gaza pada Oktober lalu.
Arab Saudi komited bantu jemaah haji melalui teknologi
Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dalam satu kenyataan berkata mereka komited meningkatkan rancangannya bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi jemaah melaksanakan ibadah haji melalui teknologi, dan pendigitalan perkhidmatan.
Rumah panjang kini lalui arus revolusi kemodenan
Sebut sahaja rumah panjang, pasti ramai yang membayangkan rumah tradisi etnik Sarawak yang diperbuat daripada kayu dan dekorasi. Namun revolusi kemodenan kini sudah mengubah landskap rumah panjang.
Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan
Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya akan menimbulkan pelbagai permasalahan termasuk kemurungan serius.
Anwar bertemu Ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengadakan pertemuan dengan ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar.
Menerusi hantaran facebook beliau, Anwar yang diiringi pemimpin Hamas, Khalded Mashal menazhirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
Menerusi hantaran facebook beliau, Anwar yang diiringi pemimpin Hamas, Khalded Mashal menazhirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
Misi menjadikan WP Labuan destinasi pelancongan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengadakan pertemuan dengan ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar.
Menerusi hantaran facebook beliau, Anwar yang diiringi pemimpin Hamas, Khalded Mashal menazhirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
Menerusi hantaran facebook beliau, Anwar yang diiringi pemimpin Hamas, Khalded Mashal menazhirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
Isu gaji tidak masuk akal jurutera tempatan perlu diatasi
Dalam pada itu, beliau mengatakan, jurang gaji yang begitu ketara antara jurutera yang bekerja di syarikat tempatan dan antarabangsa, perlu diatasi dengan baik.
Ini kerana beliau mendakwa, terdapat segelintir majikan yang memberi gaji yang terlalu rendah dan tidak masuk akal, dengan yang paling rendah bernilai RM1,500.
Ini kerana beliau mendakwa, terdapat segelintir majikan yang memberi gaji yang terlalu rendah dan tidak masuk akal, dengan yang paling rendah bernilai RM1,500.
Lambakan graduan jurutera ganggu ekosistem penggajian
Lambakan graduan kejuruteraan di pasaran menyebabkan ekosistem penggajian jurutera terganggu.
Menurut naib presiden persatuan jurutera semalaysia (mae), Ir. Dr. Ridza Azri Ramlee, pertimbangan bahawa sebahagian daripada lambakan itu merupakan graduan kursus diploma kejuruteraan menyebabkan segelintir majikan mengambil kesempatan dengan memberi gaji yang rendah kepada mereka.
Menurut naib presiden persatuan jurutera semalaysia (mae), Ir. Dr. Ridza Azri Ramlee, pertimbangan bahawa sebahagian daripada lambakan itu merupakan graduan kursus diploma kejuruteraan menyebabkan segelintir majikan mengambil kesempatan dengan memberi gaji yang rendah kepada mereka.
KPDN rampas cermin hadapan kenderaan disyaki tiruan
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata serbuan dilakukan hasil aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagangan berdaftar serta risikan awal pihak KPDN.
[TERKINI] Suspek langgar pelajar sekolah mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar tingkatan lima, Disember tahun lalu.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak malam tadi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.
13 remaja lelaki didakwa bunuh pelajar kolej vokasional
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pelajar maut dipukul: Keluarga minta ruang, masih terkejut
Keluarga pelajar yang maut akibat dipukul di asrama sebuah kolej di Lahad Datu, meminta diberikan ruang daripada memberi sebarang kenyataan.
Kejadian pusaran angin seperti puting beliung landa Lahad Datu
Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.
Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut
Mangsa dikenali sebagai Edwin dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou, ditemukan pasukan penyelamat pada kedalaman 12 meter.
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Remaja mati lemas ketika mandi air terjun
Mohd Syaiful Romeo, 18, dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pihak bomba sebelum mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Hasrat tangkap ketam berakhir tragedi, lelaki maut digigit buaya
Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, sekitar jam 7.20 pagi.
Lahad Datu kibar Jalur Gemilang gergasi semarak bulan kebangsaan
Dua tenaga pengajar dan lima pelajar menyiapkan bendera sepanjang 9.144 meter dengan ketinggian 18.288 meter dalam tempoh dua minggu.
Bayi baru lahir ditinggalkan atas reban ayam
Seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas sebuah reban ayam di kawasan Kampung Jawa, di Lahad Datu awal pagi tadi.