Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamed di Felda Chini di sini pada Rabu, dilihat gagal menarik perhatian masyarakat Pekan.
Program pertama yang melibatkan bekas perdana menteri itu berlangsung di halaman rumah seorang penduduk di Kampung Gumum membabitkan pertemuan dengan masyarakat Orang Asli dan hanya menarik kira-kira 50 penduduk.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seterusnya membuat kemunculan pada Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia di Felda Chini 2 di sini yang bermula pada 8.30 malam dengan jumlah yang hadir dianggarkan hanya sekitar 500 orang.
Ceramah perdana itu turut melibatkan pemimpin parti dalam PH antaranya Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Leong Ngah Ngah (DAP), Ronnie Liu (DAP), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM) dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman.
Pekan merupakan kawasan parlimen yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Dr Mahathir dalam ucapannya sebelum ini mengakui kunjungannya ke kawasan yang disifatkan kubu kuat UMNO itu bertujuan mengajak rakyat menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2018
Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamed di Felda Chini di sini pada Rabu, dilihat gagal menarik perhatian masyarakat Pekan. -Gambar fail
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Dua lokaliti di Pahang dikenakan PKPD
Dua lokaliti di negeri Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 November.
Pemulihan Tasik Chini dalam perancangan kerajaan Pahang
Menyedari potensi dan kepentingan Tasik Chini sama ada dalam aspek pelancongan atau sebagai khazanah negara, kerajaan negeri Pahang merancang pelbagai inisiatif untuk mengembalikan kegemilannya.
Lapan cedera kemalangan dua kenderaan di Sik
Lapan orang cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Batu Besar, Sik, Kedah.
Kehadiran Tun M di Pekan gagal tarik perhatian pengundi
Program pertama yang melibatkan bekas perdana menteri itu berlangsung di halaman rumah seorang penduduk di Kampung Gumum hanya menarik kira-kira 50 penduduk.