awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keharmonian masyarakat terletak di bahu Kerajaan Perpaduan - ABIM

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2022
02:40 MYT
Keharmonian masyarakat terletak di bahu Kerajaan Perpaduan - ABIM
Muhammad Faisal berkata, ABIM menggesa pemimpin politik supaya tidak mengheret masyarakat terjerumus ke kancah perpecahan semata-mata untuk meraih sokongan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan hari ini amanah untuk merintis kembali keharmonian masyarakat di negara ini terletak di bahu Kerajaan Perpaduan.
Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, usaha itu termasuk menetapkan penambahbaikan Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam portfolio serta kementerian berkaitan perpaduan dan integrasi nasional.
Penubuhan Kerajaan Perpaduan juga, tambah beliau, adalah peluang untuk mengembalikan politik nilai dengan menolak kelakuan menunggang sentimen agama dan kaum secara sempit, sehingga meruntuhkan kemakmuran masyarakat.
"Akarnya adalah reformasi pada budaya dan cara fikir bangsa. Identiti kaum dan agama harus terus diperkukuh dengan tujuan untuk membangunkan bangsa.
"Sebaliknya, identiti tidak seharusnya digunakan untuk menyalakan api perkauman secara destruktif yang disulami hasutan dan fitnah yang membawa kepada kebencian dan dikhuatiri menjurus ke arah keganasan," katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Muhammad Faisal berkata, ABIM turut menggesa seluruh pihak khususnya pemimpin politik supaya tidak mengheret masyarakat terjerumus ke kancah perpecahan semata-mata untuk meraih sokongan, sebaliknya bersama meletakkan agenda pembinaan negara di hadapan.
ABIM juga, katanya, menyeru semua pihak agar bertanggungjawab meredakan suhu politik negara khususnya bersabit kerenggangan agama dan kaum yang telah menimbulkan kegelisahan seluruh rakyat sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Semalam, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya tiada lagi pemimpin membangkitkan isu perkauman serta agama yang bertujuan untuk menghasut masyarakat.
Titah berkenaan disampaikan baginda selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang selesai bersidang pada 30 November.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#ABIM
#perkauman
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan