Dua kanak-kanak perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak Ogos lepas dan ditemui selamat tengah hari tadi, dijumpai di bawah akar pokok besar yang bergayutan di tebing Sungai Perias di sini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata dua mangsa yang masih hidup itu, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui kira-kira 3.3km dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 12.15 tengah hari, bersama satu mayat perempuan.
"Mayat yang ditemui pula dikenali sebagai Ika Ayel, 9, selepas proses pengecaman yang dilakukan oleh anggota keluarganya petang ini di Hospital Gua Musang (HGM). Mangsa meninggal dunia kira-kira empat hari lepas," katanya pada sidang media di HGM di sini, hari ini.
Mazlan berkata Miksudiar dan Norieen ditemui dalam keadaan lemah kerana dehidrasi dan hasil temu bual awal dengan kedua-dua mangsa mendapati mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan.
Kedua-dua kanak-kanak itu, yang ditemui selepas 48 hari hilang, adalah antara tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, yang melarikan diri dari asrama sekolah itu kerana takut dikenakan tindakan guru selepas didapati mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran pada 23 Ogos lepas.
Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat pada Rabu lepas menemui satu mayat kanak-kanak perempuan yang telah reput di sungai itu, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, 8.
Semalam, sebahagian tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk kanak-kanak ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mayat Sasa. Bagaimanapun, identitinya masih belum dikenal pasti.
Berdasarkan penemuan itu, pasukan mencari dan menyelamat menggiatkan usaha untuk mencari baki murid-murid yang masih hilang.
Setakat ini, tiga yang masih belum ditemui dan dikenal pasti adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; dan Haikal Yaakob, 8.
BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
VIDEO: Rakaman di dalam ambulans sewaktu mangsa dikejarkan ke hospital
BACA: Ibu kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi Gua Musang, gembira dalam tangisan
Mazlan berkata lokasi penemuan lima mangsa setakat hari ini masih dalam kawasan pencarian pasukan SAR dan murid-murid berkemungkinan menyembunyikan diri ketika pasukan SAR melaksanakan operasi.
"Difahamkan mangsa yang masih hidup telah bertindak membuang mayat rakan-rakan mereka ke dalam sungai selepas mereka meninggal dunia, bagaimanapun kes berkenaan masih diklasifikasi sebagai hilang.
"Tiga mayat yang telah ditemui sebelum ini masih belum dituntut oleh anggota keluarga kerana laporan DNA belum dikeluarkan," katanya.
Ditanya mengenai penemuan rangka kanak-kanak pada petang semalam, Mazlan berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat oleh pasukan patologi daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Terdahulu, suasana sayu dan pilu menyelubungi Pusat Operasi SAR SK Tohoi ketika kedua-dua mangsa dibawa ke pusat berkenaan untuk menerima rawatan awal kira-kira 1 tengah hari tadi.
Mereka yang dibawa keluar menggunakan pacuan empat roda kemudian dibawa menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang ketika tiba di SK Kuala Betis sebelum dihantar ke HGM untuk rawatan susulan.
Suasana di perkarangan Unit Kecemasan HGM sedikit kelam kabut dengan tangisan Rozita Behel, 41, dan anggota keluarga terdekatnya ketika menatap wajah anaknya, Miksudiar buat pertama kali selepas hilang selama 48 hari dalam hutan.
Hanya jeritan 'saya sayang anak saya, saya sayang anak saya, saya sayang anak saya' kedengaran daripada mulutnya sambil disulami tangisan kegembiraan.
Sementara itu, suasana sedih mengiringi apabila Ayel Ajib, 46, dan isterinya, Nora Tegeu, 39, keluar dari Bilik Mayat HGM selepas membuat pengecaman ke atas mayat anaknya, Ika, kira-kira 5.30 petang.
Nora, dalam tangisannya hanya mampu menyebut nama Ika Ayel beberapa kali sambil ditenangkan oleh suaminya serta petugas SAR yang fasih berbahasa Temiar.
Difahamkan, kedua-dua pasangan berkenaan mengecam mayat anaknya itu menerusi gelang tangan manik yang dibuat oleh Nora dan dipakai Ika serta pakaian sukan yang dipakai oleh mangsa.
Bernama
Fri Oct 09 2015

Kedua-dua mangsa mendapati mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan. - Foto JBPM

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.
Pulau Pinang umum kenaikan elaun guru KAFA RM200 sebulan
Semua guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Pulau Pinang akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM200 bermula Julai depan, menjadikan mereka menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.

Sidang Kemuncak ASEAN: KPM beri kebenaran 71 sekolah laksana PdPR
71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan PdPR pada 26 hingga 28 Mei ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Sukan Olimpik Los Angeles hasrat tawarkan perkhidmatan teksi terbang
Archer Aviation ingin menggunakan teksi terbang Midnight mereka untuk membawa VIP, peminat dan juga atlet ke venue ketika acara berlangsung tiga tahun daripada sekarang.

1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara
Sebanyak 1,300 motosikal diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan PDRM di sekitar ibu negara, malam tadi.

OpenAI perkenal Codex - Agen AI dioptimasi untuk tugasan pengaturcaraan
OpenAI Perkenal Codex Agen AI Yang Dioptimasikan Untuk Tugasan Pengaturcaraan

Microsoft dakwa tiada bukti teknologinya digunakan Israel untuk serang Gaza
Kenyataan ini dikeluarkan selepas kecaman terhadap kontrak $133 juta Microsoft dengan Israel.

Elisya Sandha selamat lahirkan anak kedua, beri nama ‘Bahtera Elhaq’
Perkongsian tersebut turut memaparkan gambar pertama Elisya bersama bayinya di wad bersalin.

Ibu maut tersepit di kereta, dua anak lelaki cedera dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang wanita maut manakala dua anak lelakinya mengalami kecederaan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

KPTM Gua Musang dibuka semula, fokus kursus berasaskan industri - Zahid
Pusat Pendidikan Tinggi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di Gua Musang yang ditutup sejak 2019, bakal dibuka semula dengan penawaran kursus yang lebih relevan.

Aliran trafik sesak hingga 20km di Gua Musang
Aliran trafik di jalan Persekutuan di Gua Musang sesak hingga 20 kilometer (km) hari ini berikutan pertambahan kenderaan orang ramai yang pulang ke ibu kota selepas cuti sempena Aidilfitri.

Aliran trafik di Gua Musang mulai sesak di pintu masuk sempadan
Supt Sik Choon Foo berkata walaupun berlaku kesesakan dan pergerakan kenderaan agak perlahan, namun aliran trafik masih terkawal.

Aidilfitri: Aliran trafik di Kuala Krai, Gua Musang terkawal malam ini
Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan membabitkan jajahan Kuala Krai dan Gua Musang dilaporkan bergerak perlahan setakat 9 malam ini.

PGA gempur sindiket balak haram
Ketika serbuan pada kira-kira 4 petang itu, semua suspek didapati sedang leka mengumpul hasil hutan yang telah diproses.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.

Gajah liar ‘mengamuk’ di Gua Musang, lebih 400 Orang Asli hidup dalam kebimbangan
Haiwan itu akan meninjau ke kawasan rumah buluh penduduk sebelum merobohkan dinding untuk mencari makanan.

Hujan lebat berterusan diramal landa Terengganu, Kelantan, Pahang sehingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.