MANUSIA melalui pelbagai fasa kehidupan dan semuanya berbeza-beza. Ada yang terkhilaf langkah dan memilih yang salah dan buruk, tetapi bukan bermakna ia noktah yang tidak membolehkan empunya diri menghala semula ke jalan mengenal fitrah diri.
Ini sebuah kisah dambaan keinsafan penagih dadah, yang menagih titis keampunan.
Mula terjebak dengan kancah dadah sejak lapan tahun lalu, Azman Din (bukan nama sebenar) sama sekali tidak pernah membayangkan episod-episod yang bakal dilaluinya.
Dia kini dalam proses menilai diri sejak dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Dengkil sejak 11 bulan lalu.
Bukan sebuah tempat yang asing bagiya, kerana ini kali kedua dia dimasukkan ke pusat seupamanya selepas kali terakhir bernaung di bawah pemantauan Puspen Batu Kurau, Perak pada 2017.
Mengimbas semula ke detik itu, kerana tewas dalam masalah ketagihan, Azman ditangkap dirumahnya sendiri sambil disaksikan ibunya.
Ketika itu, luluh hati si ibu melihat anak digari pihak berkuasa gara-gara 'sang durjana' methamphetamine.
"Masa kena tangkap, saya dengan emak di rumah. Saya sempat salam dengan emak... Masa itu, dia kata 'kenapa perlu hisap lagi', tapi saya belum sedar diri lagi masa itu.
"Saya tipu dia... kata tak hisap dadah tapi bila sampai ke AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) di Teluk Intan, saya ditahan selepas ujian saringan (kerana positif dadah)," katanya ketika membuka kisah lamanya kepada Astro AWANI di Puspen Dengkil, baru-baru ini.
Setahun berada di Puspen Batu Kurau, keinsafan di hati Azman belum lagi kunjung tiba. Dia terjebak sekali lagi dengan najis dadah.
Tidak mahu salahkan kawan-kawan, Azman, 37, mengakui semuanya kerana pilihan sendiri.
"Sebenarnya saya rasa dah menyampah... kenapa kali kedua nak kena masuk lagi. Jadi, saya rasa kena buat perubahan.
"Saya fikir kenapa benda ini berlaku lagi... Kenapa saya perlu menagih kembali padahal telah diterapkan ilmu-ilmu semasa dalam pusat pemulihan dulu... Bila saya kenang balik, kelemahan saya adalah kerana tak mendalami ilmu dengan betul. Maknanya semasa saya di dalam itu, saya main-main dan sekadar menjalani hukuman, apabila cukup masa saya balik," ceritanya dalam nada kesal.
Begitupun, dengan saki-baki kewarasannya, Azman menginsafi sesuatu. Seperti mana harapan setiap ibu bapa, mereka mahu melihat anak-anak berjaya dalam hidup sebelum menutup mata.
Rasa kesal itu pastinya terpukul lebih kuat setiap kali memasuki bulan Ramadan dan Syawal.
Hiba yang ditanggung tak terungkap kata-kata, sebaliknya Azman hanya mampu memanjatkan doa dari jauh agar dibelas dengan keampunan daripada ibu bapanya.
Kecewa dengan sikap
Sementara itu bagi seorang pemuda yang berasal dari Parit Buntar, Perak, Safuan Rahman (bukan nama sebenar), waktu malamnya ditemani air mata mengenangkan kekecewaan ibu bapa kerana sikapnya.
Jauh di lubuk hati, Ramadan yang dilalui diharap bukan yang terakhir buat ibu bapanya. Nalurinya sebagai anak tetap mahu merasai nikmat indah bersama keluarga.
"Saya takut... sedangkan bila saya ditangkap pun saya tak boleh nak terima lagi (kenyataan). Tetapi alhamdulillah bila lama-kelamaan saya di sini, saya mula belajar terima kenyataan.
"Memang saya sedih sebab tahun ini saya tak dapat minta maaf dengan emak dan abah, tak dapat duduk makan bersama dan bersalam dengan mereka," katanya sambil menahan sebak.
Tulus dari lubuk sedar pemuda berusia 34 tahun itu, dia mengakui terkilan kerana dirinya gagal menjadi adik, abang dan anak yang baik.
Bagi Safuan, nasihat ibu bapa menjadi sumber kekuatan untuknya kembali ke jalan yang benar.
"Emak selalu pesan, 'Buatlah yang terbaik untuk hidup kau. Emak dan abah sudah tak lama lagi nak hidup. Carilah kehidupan kau dan tinggalkan semua benda yang tak mendatangkan manfaat ini'," kongsinya lagi.
Selama berada di Puspen Dengkil itu, hanya surat menjadi penghubung dengan orang tersayang. Kadangkala panggilan telefon pengubat kerinduan untuk mendengar suara ibu bapa.
Hasimi Muhamad
Sun May 16 2021
Safuan (baju putih) meluahkan perasaannya kepada wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad ketika ditemui di Puspen, Dengkil baru-baru ini - Gambar Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Keinsafan yang didamba... Bekas penagih dadah tagih keampunan ibu bapa
Jalan yang dipilih pada awalnya salah... akibatnya berdepan hukuman yang mengetuk pintu keinsafan.