awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejadian langgar dan bunuh di Taman Pelangi ada kaitan kongsi gelap - TPM Ahmad Zahid

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
19/12/2017
02:43 MYT
Kejadian langgar dan bunuh di Taman Pelangi ada kaitan kongsi gelap - TPM Ahmad Zahid
Suspek juga menggunakan kenderaan curi ketika kejadian itu berlaku dan polis ketika ini sedang memburu empat suspek berkenaan. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan empat suspek kejadian langgar dan bunuh seorang lelaki di stesen minyak di Taman Pelangi Johor adalah berpunca dari perselisihan faham dan perebutan dua kumpulan kongsi gelap.
Beliau berkata, suspek juga menggunakan kenderaan curi ketika kejadian itu berlaku dan polis ketika ini sedang memburu empat suspek berkenaan.
“Polis telah kenal pasti empat orang yang berada di dalam kereta berkenaan. Sebelum itu mangsa diheret dan masuk ke dalam kereta namun berjaya melepaskan diri tapi dilanggar.
“Ini satu perbuatan jenayah yang telah tular dan polis sedang jejaki dan buru keempat mereka. Polis juga telah bertemu tuan punya kereta dan itu merupakan kenderaan curi,” katanya.
Ujarnya, kesemua penjenayah terbabit tidak akan terlepas dari polis dan tindakan undang-undang.
Beliau ditemui di sidang media selepas menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terakhir untuk tahun 2017.
Dalam kejadian Ahad lalu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati ditikam dan dilanggar oleh sekumpulan empat lelaki menggunakan sebuah kereta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi Taman Pelangi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 petang ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta jenis Volkswagen mereka di stesen berkenaan.


Motif kejadian masih disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#bunuh
#bunuh johor
#jenayah
#Kementerian Dalam Negeri
#minyak
#pembunuh BMW
#polis
#TPM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan