awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejadian tangan lelaki dibaham harimau bukan di Bahau - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2024
02:40 MYT
Kejadian tangan lelaki dibaham harimau bukan di Bahau - Polis
Tangkap layar video berkenaan mengenai lelaki dibaham harimau.
JEMPOL: Video yang memaparkan seorang lelaki putus tangan kanan dibaham harimau yang tular di media sosial bukan kejadian berlaku di Bahau seperti didakwa.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden, Hoo Chang Hook berkata, tiada laporan kejadian seperti itu diterima pihaknya termasuklah aktiviti jenayah sehingga menyebabkan putus tangan setakat ini.
"Video lelaki putus tangan itu dipercayai berlaku di Indonesia akibat dibaham buaya dan bukan dibaham harimau, kononnya kejadian berlaku di belakang Balai Polis Bahau.
"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi apa-apa berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sehingga boleh menimbulkan kegusaran ramai," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Pada Jumaat tular di media sosial apabila satu video dan mesej suara mengenai seorang lelaki putus tangan apabila dibaham harimau dengan kejadian didakwa berlaku di belakang Balai Polis Bahau.
Terdapat tiga mesej suara tular mengenai insiden tersebut antaranya meminta penduduk sekitar daerah ini dan Kuala Pilah supaya berhati-hati selain dakwaan perkongsian 'kronologi' kejadian lelaki dibaham harimau.
"...Belakang kedai ada satu bukit, ini orang Indonesia kerja, saya ingat bukan satu orang lebih kurang tiga empat orang kerja nampak harimau keluar gigit dia tau, makan satu tangan.
" Nasib baik oh, kalau dia kerja satu orang mesti mati," jelas mesej suara tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lelaki dibaham harimau
#video tular
#media sosial
#Hoo Chang Hook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan