SERI ISKANDAR: Walaupun Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah mencapai pelbagai bentuk kejayaan dan kecemerlangan yang melambangkan kebanggaan universiti namun kejayaan sesebuah institusi pengajian tinggi tidak hanya diukur melalui ranking mahupun penarafan.
Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata ia tercermin dalam kemampuan sesebuah universiti untuk melahirkan graduan yang kompetitif, berdaya saing, berinovasi serta memiliki ciri-ciri serba boleh.
Beliau berkata satu daripada aspek yang sangat penting adalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan kelab serta persatuan di kampus dan ia membantu pelajar membangunkan kemahiran insaniah untuk melengkapkan pendidikan teknikal mereka.
"Kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerjasama, komunikasi dan kemahiran pengurusan diri adalah kunci kejayaan dalam dunia sebenar.
"Selain itu, tumpuan pada aktiviti khidmat masyarakat juga amat dititikberatkan di UTP kerana ia tidak hanya membantu pelajar memahami tanggungjawab mereka terhadap masyarakat setempat tetapi membina sifat ihsan, kebajikan dan kesedaran sosial yang penting dalam masyarakat yang semakin global," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Konvokesyen UTP ke-23 yang turut dihadiri Canselor UTP, Tan Sri Dr Mohd Hassan Marican di Dewan Canselor, di sini pada Ahad.
Pada konvokesyen kali ini, seramai 1,386 graduan dengan 114 graduan menerima Ijazah Kedoktoran, 198 graduan menerima Ijazah Sarjana dan 1,074 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda.
Mohamed Ibrahim berkata pada tahun ini, kecemerlangan UTP di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terus menyerlah antaranya dinobatkan ebagai universiti nombor satu di Malaysia, selain muncul selaku universiti swasta nombor satu ASEAN dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education (THE) 2023.
Katanya, bagi Subjects Rankings 2024 pula, UTP menduduki tempat pertama bagi Sains Fizikal manakala subjek kejuruteraan, UTP berada di tangga kedua terbaik di negara ini manakala penarafan Quacquarelli Symonds (QS) telah meletakkan UTP di tangga ke 307 di dunia, meningkat dari 361 pada tahun lepas.
Menurutnya, program Kejuruteraan Petroleum telah disenaraikan sebagai program ke-16 terbaik dunia manakala Kejuruteraan Mineral dan Perlombongan terus tersenarai dalam ranking ke-49 teratas dunia dan mengungguli peringkat kebangsaan.
"Dengan pencapaian tersebut, UTP telah mengekalkan kedudukan sebagai universiti nombor satu negara selama empat tahun berturut-turut bagi kedua-dua subjek tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Ibrahim berkata tumpuan pada aktiviti khidmat masyarakat juga amat dititikberatkan di UTP kerana ia tidak hanya membantu pelajar memahami tanggungjawab mereka terhadap masyarakat setempat dan dunia tetapi juga membina sifat ihsan, kebajikan dan kesedaran sosial yang penting dalam masyarakat yang semakin global.
"UTP akan terus mendorong dan menyokong pelajar untuk terlibat dalam aktiviti tersebut bagi membantu mencorak graduan yang menyeluruh bukan sahaja mempunyai pengetahuan teknikal yang tinggi tetapi memiliki nilai insaniah, kecemerlangan dalam kompetensi mereka dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Ibrahim berkata dalam usaha ke arah inisiatif Kampus Rendah Karbon, UTP akan mengambil langkah untuk memberhentikan penggunaan plastik sekali guna dan menanam lebih banyak pokok di sekitar kawasan kampus.
"Kami juga menggalakkan pelajar berjalan kaki dan kurang menggunakan kenderaan dengan membina laluan pejalan kaki berbumbung dari kediaman pelajar dan kawasan tempat letak kereta ke blok akademik dan pejabat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata ia tercermin dalam kemampuan sesebuah universiti untuk melahirkan graduan yang kompetitif, berdaya saing, berinovasi serta memiliki ciri-ciri serba boleh. - Foto fail/BERNAMA
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Kejayaan universiti tidak hanya diukur pada ranking atau penarafan - Naib Canselor UTP
Ia tercermin dalam kemampuan sesebuah universiti untuk melahirkan graduan yang kompetitif, berdaya saing, berinovasi serta memiliki ciri-ciri serba boleh.