awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
28/05/2024
05:30 MYT
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Susulan perlanggaran itu kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian. - Foto PDRM
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan. 
 Nahas berlaku di Kilometer 21 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Durian Guling, Marang kira-kira jam 2.25 pagi tadi. 
 Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Razman Setapa berkata insiden itu menyebabkan kanak-kanak berusia dua tahun dan ibunya yang berusia 22 tahun maut di tempat kejadian.
"Hasil siasatan awal, ketika kejadian kedua beranak yang menaiki motosikal jenis Honda Vario itu dari arah Kampung Gondang menghala pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Bading, Ajil. 
 "Bagaimanapun sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal yang dinaiki mereka dipercayai telah terlanggar bahagian belakang lori tersebut," katanya ketika dihubungi. 
 Susulan perlanggaran itu kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian. 
 Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
 Sementara itu Razman turut memohoin orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi Inspektor Nik Nur Farhanim Nik Mohamed Fauzi di talian 010 2840273 atau 09 6182222.
Topic Berkaitan
#dua beranak maut
#motosikal rempuh lori
#Marang
#parkir tepi jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan